PENGENALAN
Unit Patologi & Transfusi merupakan salah satu khidmat sokongan yang penting di Hospital Parit Buntar dengan menawarkan perkhidmatan diagnostik dan saringan ke atas darah, urin, cecair badan, tisu dan lain-lain. Ia adalah untuk membantu doktor dalam memberi rawatan, pemantauan rawatan dan diagnostis.
LOKASI
Unit ini terletak bersebelahan dengan Unit Kemalangan dan Kecemasan (A&E).
PELANGGAN
Pelanggan Unit Perkhidmatan Patologi & Transfusi terdiri daripada pesakit luar, pesakit dalam, pesakit rawatan harian (Hemodialisis) dan pesakit dari Klinik Kesihatan.
VISI,MISI DAN OBJEKTIF
Visi :
Perkhidmatan Patologi dan Transfusi Darah akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang, cekap, tepat dan diyakini berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.
Misi :
Menyediakan perkhidmatan yang menggunakan teknologi yang sesuai dan terkini dengan anggota yang berilmu, kompeten dan peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisme demi kecemerlangan rawatan pesakit.
Objektif :
- Menyediakan perkhidmatan patologi yang efektif, cepat, tepat dan diyakini serta memenuhi piawaian & kod amalan makmal yang baik serta piagam pelangan yang ditetapkan.
- Memastikan keputusan ujian tepat dan diyakini serta memenuhi piawaan masa (Lab turnaround time-LTAT) yang telah ditetapkan.
- Menjalankan ujian kawalan kualiti yang berterusan bagi memastikan
penghasilan kualiti terbaik ujian-ujian diagnosis.
- Memberi latihan berterusan untuk meningkatkan kompetensi kakitangan.
- Memastikan bekalan darah dan komponen darah yang mencukupi, selamat dan berkualiti kepada pesakit yang memerlukan.
- Melaksanakan program kempen derma darah & menjalankan pungutan darah dari penderma secara sukarela, sihat dan tidak berisiko.


