Pengenalan
Jabatan Kecemasan Dan Trauma adalah merupakan ‘ Front Line’ bagi pesakit atau pelanggan untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan di Hospital Parit Buntar selain daripada Jabatan Pesakit Luar. Jabatan Kecemasan Hospital Parit Buntar beroperasi 24 jam sehari untuk memberi rawatan perubatan dan kecemasan kepada pesakit.
Perkhidmatan Jabatan kecemasan merangkumi pelan komprehensif yang mengandungi komposisi seperti rawatan pra hospital, resusitasi, penstabilan dan rawatan definitive. Perkhidmatan lain yang disediakan adalah seperti pengurusan bencana, pusat krisis bersepadu (OSCC) dan pasukan perlindungan perubatan untuk upacara upacara rasmi.
Jabatan ini juga merujuk kes-kes yang memerlukan kepakaran ke hospital berpakar seperti Hospital Ipoh dan Hospital Taiping.Di samping itu juga unit ini adalah berperanan mengambil-alih peranan Jabatan Pesakit Luar iaitu memberi rawatan kes-kes bukan kecemasan selepas waktu pejabat.
Skop Perkhidmatan yang Diberikan
- Sistem Triage @ Sistem Saringan.
- Resusitasi & Prosedur Intervensi.
- Pengurusan Kes Kecemasan Asma.
- Pengurusan Perawatan Definitif.
- Pusat Krisis Bersepadu (OSCC).
- Pengurusan Pra-hospital :
- Perkhidmatan Ambulan.
- Pengurusan Bencana.
- Ambulans Team(stand by)
Objektif
- Mengenalpasti keadaan dan tahap pesakit..
- Menyelamatkan nyawa, serta mengurangkan kesalikitan dan komplikasi.
- Memberi rawatan yang sempurna dan rawatan lanjutan yang patut diperolehi.
- Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit
Objektif Kualiti
- Ambulan akan berlepas tidak melebihi 5 Minit selepas menerima panggillan.
Misi
Sentiasa memberi Perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkesan terutama kes-kes kemalangan dan kecemasan.
Visi
Kesempurnaan memberi rawatan awal bagi menjamin perkhidmatan yang cekap dan pantas serta mencapai matlamat ditetapkan.


