my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Kawalan Infeksi

 

PENGENALAN

Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotic Hospital Parit Buntar dimulakan pada tahun 2000. Ia sejajar dengan penubuhan jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik di peringkat Kementerian kesihatan Malaysia.

Awal 1980 an pertambahan pengidap HIV / AIDS menyebabkan perlunya diadakan strategi baru untuk   melindungi anggota yang    bertugas di  pusat jagaan kesihatan (HCWs ) daripada  “bloodborne infections” semasa HCWs menjalankan tugas.

1985 – 1987 “ Universal blood and body fliud precautions ( universal precaution )”  diperkenalkan oleh United states CDC ( Central Disease Control ). Perkara yang ditekankan Ialah  langkah berjaga-jaga secara ‘universal’ tidak mengira status jangkitan mereka. Ia bertujuan untuk mengelakkan trasmisi HIV dipusat Jagaan kesihatan. Universal Infection Control Precautions juga dimulakan.

Pada tahun 1996, National Health and medical Research Council (NHMRC) / Australian National Council on AIDS ( ANCA ) memutuskan perlunya diwujudkan garis panduan yang menyeluruh iaitu ‘ Standard Precautions ‘ yang spesifik iaitu ‘additional precaution yang bergantung kepada cara / mode transmisi sesuatu penyakit atau jangkitan.

‘ Stardard Precaution ‘ adalah satu garis panduan yang dikeluarkan oleh CDC ( Central Disease Control ) pada tahun 1996. Ia diguna pakai ke atas semua pesakit tanpa mengira diagnosis dan status jangkitan mereka. Ia perlu diamalkan apabila mengendalikan darah, semua cecair badan, seresi dan “excretions “ kecuali peluh. Tidak mengambil kira samaada ia mengandungi darah atau tidak. Juga semasa mengendalikan “Non intact skin “ dan selaput mukosa.

Ia bertujuan untuk perlindungan kepada HCW dengan mencegah dan mengurangkan risiko jangkitan kerana pertambahan penyakit pekerjaan contohnya PTB, peningkatan jumlah kes HIV positif, lain-lain jangkitan yang merbahaya contohnya Influenza, COVID-19 dan SARS.

Ia juga mengurangkan trasmisi jangkitan di kalangan pekerja kesihatan, pesakit dan persekitaran kerana jika berlakunya rebakan peningkatan dari segi kos rawatan, penggunaan tenaga manusia dan masa. Pesakit dan ahli keluarga juga menghadapi gangguan mental dan fizikal.

Unit Kawalan infeksi ditempatkan bersebelahan bilik Penyelia PPP dan berhadapan dengan Unit Pemanduan.

 

 

 VISI DAN MISI

 

VISI

Mewujudkan sebuah unit yang berkualiti dan cemerlang untuk mencegah dan mengawal infeksi Nosokomial dalam Hospital Parit Buntar.

MISI

Untuk memastikan setiap individu memahami dan implementasikan program ‘Hospital Infection Control’ berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta professionalisma’ demi menjadikan persekitaran Hospital Parit Buntar Perak selamat dan bebas dari infeksi.OBJEKTIF / FUNGSI

 

OBJEKTIF UMUM

Mencegah dan  mengawal Jangkitan Nosokomial  kurang daripada < 5%  di semua unit.

OBJEKTIF KHUSUS

  1. Memastikan perawatan dilakukan mengikut Standard Precaution kawalan infeksi dan polisi Kawalan Infeksi dengan cara meningkatkan kesedaran dan pengetahuan anggota hospital berkaitan dengan amalan kawalan infeksi melalui pembelajaran yang berterusan.
  2. Melindungi pesakit dan wargakerja daripada sebarang jangkitan nosokomial dan kecederaan semasa bertugas.

googlemap1

HOSPITAL PARIT BUNTAR
Jalan Parit Buntar,
Simpang Lima,
34200 Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan

  05-728 2222
   hparitbuntar@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

Hari Ini: 20
Jumlah Keseluruhan: 16,195

Latest Update

  • 18 December 2025

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video