1.0 PENGENALAN.
Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan unit yang bertanggungjawab dalam penyeliaan dan pemantauan semua aktiviti perkhidmatan melibatkan jawatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Parit Buntar. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan Gred U32/36TBK yang bertindak sebagai Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan dan dibantu oleh seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U14.
Tiga unit utama di bawah Unit Penyeliaan adalah Unit Hemodialisis, Unit Kecemasan dan Unit Pesakit Luar. Majoriti jawatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah bertugas di tiga unit ini. Selain dari tiga unit ini, jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan juga ditempatkan di unit-unit lain seperti wad, Unit Radiologi, Unit Patologi, Unit Setor Farmasi, Unit CSSU dan Unit Fisioterapi dan Carakerja.
Disamping itu, Unit Kenderaan juga diletakan di bawah pengurusan Unit Penyeliaan PPP. Semua pemandu kenderaan diselia oleh PPP.
2.0 VISI DAN MISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
2.1 VISI
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang baik
2.2 MISI
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :
i) Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :
Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
Menghargai kesihatan sebagai asset paling berharga
Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
i) Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu :
Mengutamakan pelanggan
Saksama
Tidak membebankan
Cekap
Wajar mengikut teknologi
Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
Inovatif
ii) Dengan menekankan :
Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan.
Sifat menghormati maruah insan.
Penglibatan masyarakat.
2.3 MATLAMAT UNIT.
Memastikan pengurusan penempatan, latihan, sumber tenaga dan agenda perkembangan profesion Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Kenderaan dilaksanakan dengan efektif setiap masa.
3.0 FUNGSI DAN OBJEKTIF UNIT.
3.1 Fungsi Unit
Menyedia, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti unit di mana terdapatnya penempatan jawatan Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Kenderaan.
3.2 Objektif Unit
i. Memastikan perlaksanaan polisi dan dasar Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Kenderaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
ii. Memastikan pengawalan amalan klinikal dan penguatkuasaan Akta Perubatan, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, Akta 180.
iii. Memastikan pematuhan kepada Kod Etika Pembantu Perubatan dan Peraturan –peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
iv. Bertanggungjawab dalam pengurusan dan hal ehwal, kebajikan, sumber tenaga dan perkembangan kerjaya Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
v. Memastikan pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan, Pembelajaran Perubatan Berterusan (CME) dan Perkembangan Profesional Berterusan (CPD) untuk anggota dibawah jagaan.
vi. Memastikan pengurusan Peningkatan Kualiti Menyeluruh dan Berterusan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.


