PENGENALAN UNIT
Bidang Perubatan Forensik pada masa kini boleh dianggap satu keperluan yang penting di zaman sains dan teknologi yang semakin berkembang pesat. Forensik mempunyai hubungkait yang rapat dengan bidang perundangan dan ianya tidak dapat dipisahkan. Jesteru itu, bidang Perubatan Forensik telah berkembang seiring dengan teknologi dunia pada masa kini.
Bedah-siasat atau dalam Bahasa Inggeris disebut post-mortem examination bermaksud suatu pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan ke atas mayat. Ianya melibatkan pemeriksaan luaran dan dalaman bertujuan mengenalpasti punca kematian serta cara kematian atau perubahan dihasilkan oleh sesuatu penyakit, kimia, sinaran radiasi, kemalangan, kecederaaan dan sebagainya.
Pemeriksaan luaran bermaksud menjalankan pemeriksaan dari segi luaran untuk mendokumentasi kecederaan mayat. Pegawai Perubatan Kerajaaan akan membuat pemeriksaan terperinci ke atas mayat, diantaranya mengenai pakaian si mati, keadaan mayat secara keseluruhan, perubahan-perubahan luaran yang berkaitan dengan kematian dan penyakit serta tanda-tanda kecederaan. Sekiranya sebab kematian telah dapat dikenalpasti dengan hanya pemeriksaan luaran sahaja dengan mengambil kira sejarah perubatan sebelum beliau mati dari sumber yang tidak ada kesangsian berserta pemeriksaan jasad yang tidak menunjukkan kemungkinan adanya unsur jenayah, maka pembedahan mayat tidak perlu dilaksanakan.
Sekiranya pemeriksaan luaran masih tidak dapat mengenalpasti punca kematian, maka pemeriksaan dalaman perlu dijalankan. Ini termasuklah membuka tempurung kepala, rongga dada, abdomen, pelvik dan lain-lain bila mana yang perlu. Ini bertujuan untuk pemeriksaan lebih menyeluruh bersangkutan dengan punca dan sebab kematian seseorang itu.
VISI, MISI DAN OBJEKTIF
OBJEKTIF
UNIT FORENSIK
MEMBERIKAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN JENAZAH / MAYAT YANG TERBAIK DI SAMPING MEMBERIKAN PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
VISI
UNIT FORENSIK
SENTIASA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN DAN PENGURUSAN KES PERUNDANGAN PERUBATAN
( MEDIKO-LEGAL)YANG EFISIEN, LENGKAP DAN BERKESAN
MISI
UNIT FORENSIK
BEKERJASAMA SECARA BERPASUKAN UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI,
EFISIEN DAN PRIHATIN TERHADAP PENGURUSAN JENAZAH DAN KEPUASAN PELANGGAN


