- PENGENALAN
Klinik Lawatan Pakar ( KLP ) Hospital Parit Buntar adalah merupakan salah satu unit di antara unit- unit yang memberi khidmat kesihatan kepada Pelanggan di Hospital Parit Buntar.Klinik Lawatan Pakar ini menawarkan dan memberikan perkhidmatan pesakit luar oleh Doktor Pakar semasa sesi lawatan.Pesakit akan mendapat serta menerima rawatan pakar dari beberapa doktor-doktor Pakar dari Hospital Taiping mengikut jadual yang telah diaturkan.Perjalanan Klinik Pakar adalah ditentukan oleh Doktor-doktor Pakar Hospital Taiping berdasarkan jadual yang diterima dari Pengarah Hospital Taiping untuk sepanjang tahun mulai Januari hingga Disember pada setiap tahun.
Walaubagaimanapun perjalanan klinik ini juga dibantu oleh Pegawai-pegawai Perubatan Hospital Parit Buntar yang ditugaskan mengikut giliran, arahan dan jadual
Klinik Lawatan Pakar terletak berdekatan dengan Unit Rekod Perubatan dan Unit Farmasi Pesakit Luar Hospital Parit Buntar Perak.
- SKOP PERKHIDMATAN
2.1. Rawatan Pakar Perubatan
2.2. Klinik Pertuturan
2.3. Klinik Pemakanan
2.1. Rawatan Pakar Perubatan
2.1.1 : Klinik Otorthinolaryngology (ORL)
2.1.2 : Klinik SOPD ( Surgical )
2.1.3 : Klinik Opthalmologi
2.1.4 : Klinik Obsterik &Gyanecologi
2.1.5 : Klinik Kanak – Kanak ( Peadiatrik )
2.1.6 : Klinik Orthopedik
2.1.7 : Klinik MOPD ( Medical )
2.1.8 : Klinik Psychiatric
Operasi Klinik –klinik mengikut ketentuan seperti yang telah ditetapkan oleh Pakar-pakar Perubatan dari Hospital Taiping dengan dipersetujui oleh Pengarah Hospital Parit Buntar.
2.2 Klinik Pertuturan
Sesi klinik ini dikendalikan oleh ‘Speech Therapist ‘ Gred U41 yang didatangkan dari Hospital Taiping mengikut jadual. Ianya dilakukan semasa sesi klinik kanak-kanak (sebulan sekali ).
2.3. Klinik Pemakanan
Dikendalikan oleh seorang Pegawai Zat Makanan Gred U41 ( Dietetik ).Pelanggan akan mendapat khidmat nasihat pemakanan yang betul berkaitan dengan penyakit mereka
3. VISI
Pesakit / Pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan dan perawatan kepakaran yang diterima.
4. MISI
Perkhidmatan Klinik Lawatan Pakar akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan perawatan kepada pesakit / pelanggan mengikut tarikh temujanji.
5. OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan rawatan kepakaran yang terbaik,efektif dan efisien serta berkualiti untuk memenuhi kehendak dan hasrat pelanggan.


