
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semuga kita sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. Sfaya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat menyempurnakan laporan tahunan kejururawata 2022.
Laporan tahunan ini amat bermakna kerana setiap aspek pembangunan, program, aktiviti, tanggunjawa social dan sebagainya dapat dikongsi bersama oleh wargakerja Hospital Parit Buntar.
Sekalung ucapan tahniah diberikan kepada Unit CNE Kejururawatan di atas kesungguhan dan kejayaan hingga lahirnya laporan tahunan Kejururawaftan ini.Selain itu penghargaan dan ucapan terima kasih turut diberikan kepada semua wad dan unit atas kerjasama dalam memberikan maklumat bagi memastikan laporan tahunan ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan
Saya amat berharap agar prestasi yang membanggakan ini dapat diteruskan momentumnya bagi kelangsungan perkhidmatan hospital. Saya juga mengucapkan syaabas dan tahniah kepada seluruh jururawat Hospital Parit Buntar yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas di samping mendokong misi dan visi kerajaan dan khasnya Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat selaras dengan slogan budaya koparat kementerian “ KAMI SEDIA MEMBANTU” marilah kita berdoa ke hadral Ilahi agar diberikan kekuatan untuk melaksanakan amanah dan tanggunjawab dengan sebaik-baiknya.
Sekian Terima Kasih
Puan Shahrunizar Binti Mat Zahari
Ketua Penyelia Jururawat Gred U42
Unit Kejururawatan Hospital Parit Buntar
Parit Buntar
Perak


