1. PENGENALAN
- Hospital Parit Buntar pada asalnya adalah sebuah bangunan Sekolah Methodist Parit Buntar. Ia telah dibina pada tahun 1925 dan kemudianya digunakan sebagai hospital pada tahun 1931.
- Pada permulaan operasi, Hospital Parit Buntar mempunyai beberapa buah bangunan sahaja. Bangunan tersebut telah dibina sebelum Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1925. Walau bagaimanapun ia telah dirobohkan oleh sebab kerosakan akibat angin ribut dan struktur bangunan yang telah uzur dan tidak selamat untuk digunakan. Kebanyakan bangunan ini mempunyai rekabentuk British. Hospital Parit Buntar terletak bersempadan Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Keluasan kawasan hospital ini adalah seluas 28,327 kaki persegi.
- Hospital ini mempunyai 100 buah katil dan mempunyai empat wad iaitu Wad Lelaki, Wad Perempuan, Wad Kanak-kanak dan Wad Bersalin. Hospital ini memberi perkhidmatan kepada 152,651 orang penduduk Daerah Kerian.
- Wad Lelaki (Wad Anggerik) mempunyai 30 buah katil bagi menempatkan pesakit dari berbagai disiplin seperti Medical, Surgical, Infectious Disease , Orthopaedic, Dental ,dan lain-lain.
3. SKOP PERKHIDMATAN:
- Menyediakan kemudahan bagi penilaian diagnosa perawatan dan pemulihan bagi pesakit berumur 13 tahun ke atas yang beroperasi 24 jam, juga memberi pendidikan kesihatan kepada semua pesakit sebelum discaj.
- Mengurangkan komplikasi terhadap pesakit dan memberi rawatan agar pesakit dapat mencapai tahap pemulihan yang optimum.
- Memberi rawatan penyembuhan dan layanan yang memuaskan dan saksama tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama sebelum pesakit dibenarkan pulang.
- Mengekalkan status kesihatan pesakit untuk menikmati kehidupan yang lebih bermutu bagi mencapai status kesihatan mengikut kemampuan mereka.
4. POLISI WAD ANGGERIK
- Menerima kemasukan pesakit melalui Unit Kecemasan, Jabatan Pesakit Luar dan rujukan pemindahan masuk dari hospital lain.
- Carta kemasukan dan discaj pesakit – SILA RUJUK LAMPIRAN
5. OBJEKTIF WAD ANGGERIK
- Memastikan pesakit sentiasa dalam keadaan selamat, terkawal, bersih dan selesa.
- Memberi rawatan dan penjagaan berkualiti kepada pesakit setiap masa.
- Memahami dan bertimbang rasa masalah yang dihadapi oleh pesakit.
- Memberi dorongan dan pendidikan kesihatan kepada pesakit dalam perawatan.
- Mengurangkan komplikasi dengan merujuk kes-kes kritikal dengan segera.
6. VISI DAN MISI WAD ANGGERIK
VISI
Negara Menggembleng Tenaga Ke Arah Kesihatan yang lebih baik
MISI
Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
- Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
- Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
- Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
- Mengutamakan pelanggan
- Saksama
- Tidak membebankan
- Cekap
- Wajar mengikut teknologi
- Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- Inovatif
- Dengan menekankan
- Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- Sifat menghormati maruah insan
- Penglibatan masyarakat


