my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Wad Perempuan

PENGENALAN

Wad Dahlia adalah wad perempuan yang terletak di antara Wad Anggerik, Wad Melor dan Stor. Terdiri dari pelbagai disiplin seperti Medikal, Surgical, Orthopedik dan lain-lain. Struktur bangunan terdiri daripada sebuah stor, pantri, bilik rawatan, kaunter jururawat, bilik ketua jururawat, wad yang terbuka dimana menempatkan pesakit, Isolation wad untuk merawat pesakit yang berjangkit yang memerlukan pengasingan, tandas dan bilik cucian. Jumlah katil sebanyak 28 katil.

Wad Dahlia menerima semua pesakit perempuan yang berumur 12 tahun ke atas. Pesakit yang tenat dan yang memerlukan rawatan pakar akan dihantar ke Hospital rujukan atau menerima rawatan pakar yang datang memberi rawatan sebulan sekali dari Hospital Taiping ke Hospital Parit Buntar.

VISI

            Mengekalkan perawatan berkualiti berasaskan nilai-nilai semasa mengikut polisi dan standard yang ditetapkan ke arah pemulihan dan rehabilitasi.

MISI

  1. Memberi perkhidmatan perawatan berkualiti.
  2. Amalan perihatin dan layanan mesra kepada pelanggan.
  3. Mengamalkn konsep budaya penyayang kepada pelanggan dan kakitangan

OBJEKTIF

  1. Memastikan pesakit sentiasa dalam keadaan selamat, terkawal, bersih dan selesa.
  2. Memberi rawatan dan penjagaan berkualiti kepada pesakit setiap masa.
  3. Memahami dan bertimbang rasa ke atas masalah yang dihadapi oleh pesakit.
  4. Memberi dorongan dan pendidikan kesihatan kepada pesakit dalam perawatan.
  5. Mengurangkan komplikasi dengan merujuk kes-kes kritikal dengan segera.

 

 

SKOP PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

  1. Memberi rawatan perubatan yang sama rata kepada pesakit, tidak kira bangsa, agama, pangkat dan umur.
  2. Memberi ceramah dan pendidikan kesihatan kepada waris dan pesakit.
  3. Merujuk pesakit ke Hospital Berpakar jika keadaan kesihatan pesakit memerlukan rawatan Pakar.
  4. Menyediakan makanan dan minuman pagi, tengahari dan petang kepada pesakit.
  5. Membantu pesakit yang kurang mampu untuk mendapatkan bantuan masalah kewangan dan alat perubatan seperti walking frame dengan merujuk kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat, Baitumal dan NGO (Non-Government Organization)
  6. Merujuk pesakit ke Unit Fisioterapi dan Unit Cara Kerja jika di perlukan.
  7. Memberi darah kepada pesakit yang memerlukan darah dengan bantuan Jabatan Patologi
  8. Mengambil darah untuk pemeriksaan dengan menghantar ke makmal untuk mengenal pasti penyakit dengan lebih lanjut agar ubatan dapat diberikan kepada pesakit.

 

 

googlemap1

HOSPITAL PARIT BUNTAR
Jalan Parit Buntar,
Simpang Lima,
34200 Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan

  05-728 2222
   hparitbuntar@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

Hari Ini: 20
Jumlah Keseluruhan: 16,195

Latest Update

  • 18 December 2025

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video