my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Farmasi dan Bekalan

 

PENGENALAN UNIT

Unit Farmasi dan Bekalan merupakan salah satu perkhidmatan sokongan dalam Sistem Perkhidmatan Kesihatan Hospital Parit Buntar.  Unit Farmasi dan Bekalan telah ditubuhkan dengan tujuan untuk mewujudkan satu sistem bekalan yang mantap untuk menampung keperluan ubat-ubatan serta peralatan perubatan  kepada unit-unit pengguna di Hospital Parit Buntar. Faktor-faktor yang sentiasa dititikberatkan ialah bekalan berkualiti yang cukup pada kos yang minima.

Unit ini terdiri daripada tiga bahagian utama yang ditempatkan di tiga bangunan berasingan iaitu:-                   

1.1.1. FARMASI PESAKIT LUAR           

Aktiviti yang dijalankan :    

  • Perkhidmatan kaunter pesakit luar dan klinik pakar
  • Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Diabetis Mellitus
  • Kaunseling pesakit
  • Penerangan ubat / Kaunseling ubat-ubatan
  • Program Tambah Nilai (VAS)
  • Sub-stor untuk Farmasi Pesakit Luar

1.1.2. FARMASI PESAKIT DALAM

            Aktiviti yang dijalankan :

  • Bekalan Wad
  • Bedside dispensing
  • Pembekalan ‘Unit Of Dose’
  • Farmasi Klinikal
  • Pengeluaran galenikal dan pra-bungkus ubat
  • Pendispensan Ubat di Unit Haemodialisis
  • Kaunseling pesakit dan Ubat Penyakit Tuberkulosis (TB)
  • Patient Own Medication (POMs)
  • Pendispensan ubat bagi pesakit ILI
  • Sub-stor untuk Farmasi Pesakit Dalam
  • Antimicrobial Stewardship (AMS)

1.1.3. FARMASI LOGISTIK HOSPITAL

            Aktiviti yang dijalankan :

  • Pentadbiran Unit Farmasi dan Farmasi Logistik
  • Stor ubat berhawa dingin
  • Stor pukal berhawa dingin
  • Stor bukan ubat berhawa dingin
  • Stor bahan mudah terbakar
  • Stor gas perubatan

1.1.4. FARMASI KECEMASAN

            Aktiviti yang dijalankan :

  • Perkhidmatan kaunter Farmasi di Unit Kecemasan dan Trauma (di Mini Farmasi, Kaunter Farmasi Pesakit Dalam)

 

    VISI ,MISI DAN OBJEKTIF

 

Visi

     Meningkatkan kesihatan rakyat menerusi kecemerlangan dalam amalan farmasi

 

Misi

  1. Menguatkuasakan undang-undang dan memperbaharui polisi untuk memastikan produk dan perkhidmatan farmaseutikal adalah berkualiti.
  2. Memastikan sistem organisasi yang efektif dan responsif ke arah kelestarian perkhidmatan berkualiti.
  3. Membina keupayaan dan profesionalisme menerusi pembangunan bakat dan pemerkasaan tenaga kerja.
  1. Memperhebat kerjasama ke arah mencapai piawaian dan amalan terbaik.

 

Objektif

  1. Memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan kos efektif.
  2. Memperkukuhkan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dan rasional ke arah kesihatan yang lebih baik.
  3. Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan piawaian dan amalan terbaik.

googlemap1

HOSPITAL PARIT BUNTAR
Jalan Parit Buntar,
Simpang Lima,
34200 Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan

  05-728 2222
   hparitbuntar@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

Hari Ini: 9
Jumlah Keseluruhan: 16,204

Latest Update

  • 18 December 2025

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video