my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Dewan Bedah Hospital Sungai Siput mengendalikan pembedahan mengikut disiplin dari jadual yang telah ditetapkan pada waktu pejabat. Satu networking antara Pakar–pakar dari Hospital Sungai Siput dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh diadakan pada Februari 1999 untuk melakukan pembedahan sebulan sekali. Kes-kes saperti “lumps & bumps”, hernioplasty dan fibroadenoma excision telah dipersetujui untuk dilakukan. Kes-kes henioplasty dan fibroadenoma excision dilakukan ‘under general anesthesia’ and ‘lumps’ dan ‘bumps’ under local anesthesia. Pembedahan telah dimulakan pada April 1999 dengan perkhidmatan pembedahan surgikal,obstetrik dan ‘endoscope’. Untuk mempertingkatkan perkhidmatan pembedahan di Hospital Sungai Siput, satu networking telah dimulakan dengan pakar-pakar dari Kolej Perubatan Diraja Perak (RMCP) untuk memulakan pembedahan surgeri pada setiap hari selasa. Dewan Bedah beroperasi waktu pejabat, pembedahan surgikal seminggu sekali.

LOKASI
Hospital Sungai Siput mempunyai satu bilik Dewan Bedah bertempat disebelah Makmal dan bersambung ke CSSU di belakang dan berhadapan dengan Klinik Pakar. Dewan Bedah Hospital Sungai Siput mempunyai hanya satu Bilik Bedah yang lengkap dengan ‘scrub room’ dan ‘sluice room’. Selain daripada itu terdapat ’Recovery room’ yang boleh menampong 3 pesakit serentak, ‘induction room’, bilik Ketua Jururawat, bilik rehat anggota, setor penyimpanan peralatan ‘sterile’, setor penyimpanan barang pakai buang dan bilik UPS.

VISI
Memberi perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan efisen.

MISI
Menyediakan perkhidmatan pembedahan elektif yang terbaik ,cekap, berkesan serta berkualiti memenuhi kepuasan dan mengatasi segala masalah yang sedia ada melalui kerja berpasukan, keperihatinan dan professionalism bagi meningkatkan kualiti kesihatan kepada pelanggan.

OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan cekap, berkualiti, efisen dan berkesan pada pesakit yang melalui pembedahan elektif dan untuk mengurangkan kesakitan,,mencapai pemulihan yang awal dan maksima.

PIAGAM PELANGGAN
Setiap pelangan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
Setiap pelanggan akan dijaga keselesaan, keselamatan, kepentingan, kerahsiaan
Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur pembedahan atau pembiusan termasuk risikonya
Setiap pelanggan akan dilayan secepat yang mungkin secara saksama
Setiap pelanggan akan dikawal dengan rapi semasa pembedahan yang dijalankan dan juga semasa pemulihan daripada pembedahan atau pembiusan sehingga pelanggan dibenarkan kembali ke wad masing-masing.
Saudara mara akan diberi maklumat tentang jenis pembedahan atau pembiusan dan juga maklumat yang diperlukan dari masa ke semasa oleh Pegawai Perubatan yang merawat.


FUNGSI UTAMA UNIT DEWAN BEDAH, HOSPITAL SUNGAI SIPUT

  • Pengendalian Pesakit untuk menjalani Pembedahan'
  • Pengendalian Peralatan Sterile

4 AKTIVITI BAGI FUNGSI UTAMA UNIT DEWAN BEDAH
Aktiviti 1: Proses Kerja Penerimaan Pesakit untuk Pembedahan di ‘Air Lock’
Aktiviti 2: Proses Kerja Pengendalian Pesakit Semasa Pembedahan dalam bilik bedah (OR).
Aktiviti 3: Proses kerja pengendalian pesakit selepas pembedahan dibilik Pemulihan (Recovery Room)
Aktiviti 4: Proses kerja pengendalian peralatan sterile (TSSU).

PROGRAM HOSPITAL KLUSTER

  • Pada 14 Februari 2017 Hospital Sungai Siput telah mendapat pinjaman ‘Opthalmology Microscopic’ dari Hospital Slim River .T&C dan ‘User traning’ kepada semua anggota Dewan Bedah Hospital Sungai Siput telah dilakukan pada hari yang sama.
  • Mulai bulan Februari 2017 iaitu pada 16 Februari 2017 Dewan Bedah Hospital Sungai Siput buat kali pertama telah melakukan Pembedahan Mata iaitu Pterygium di bawah Projek Hospital Kluster di antara Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dan Hospital Sungai Siput.

Unit CSSU Hospital Sungai Siput telah mula beroperasi pada Febuari 1996. CSSU beroperasi mengikut waktu pejabat dan pada hari kelepasan am 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Unit CSSU Hospital Sungai Siput terletak di bahagian belakang Dewan Bedah,bersebelahan dengan Makmal,dan Jabatan Pesakit Luar .

VISI
Unit Bekalan Steril akan menentukan perkhidmatan pensterilan bermutu tinggi menggunakan teknologi terkini dalam pencegahan infeksi.

MISI
Memberi perkhidmatan pensterilan yang produktif, berkualiti dan infeksi terkawal.

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan yang memuaskan ,mencukupi dan bebas dari jangkitan.
  • Memberikan perkhidmatan yang terbaik pada pelanggan dengan membekalkan peralatan yang sterile mengikut standart peralatan melalui proses pensterilan yang berkesan dalam mengawal dan mengurangkan jangkitan di Hospital.

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

  1. Aktiviti Semak dan kutip peralatan kotor
  2. Proses Kerja Pengasingan,pencucian dan pengeringan peralatan
  3. Pencucian set set di lakukan secara manual
  4. Proses Kerja Penyediaan dan Pembungkusan
  5. Proses Kerja Pemantauan Mesin Otokleb
  6. Proses Kerja Penyimpanan Barang-barang steril. Aktiviti 6 : Proses Kerja Rekod Inventori Harian
  7. Proses Kerja Edaran Peralatan Sterindalian alat-alat sterile di unit CSSU
  8. Membekalkan dan mengedarkan set set sterile kepada semua unit
  9. Membekalkan dan mengedarkan ‘soft dressing’ kepada semua unit
  10. Menerima set-set bersih dari klinik untuk di sterilize.

POLISI UNIT

  1. Jangka hayat set bergantung kepada keadaan set (Event Related).
    i) Bungkusan set tidak basah
    ii) Bungkusan set tidak koyak
    iii) Bungkusan set tidak kotor
    iv) Bungkusan set tidak berhabuk

PIAGAM PELANGGAN

  • Kami berjanji memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan cepat dan mesra.
  • Memastikan alat-alat yang dibekalkan dalam keadaan steril.

PENGENALAN

Unit ini diwujudkan pada tahun 2005 dengan tujuan untuk berfungsi sebagai penggerak bagi implementasi program kualiti di Hospital Sungai Siput. Kewujudan unit ini berikutan dengan saranan Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pekeliling Bil (35) dlm KKM bertarikh 30hb Januari 2002 yang menyatakan setiap hospital utama dikehendaki menubuhkan Unit Sokongan Sekretariat Kualiti.  Sebagai  salah satu  unit sokongan pengurusan, unit ini bertanggungjawab sebagai urusetia bagi program kualiti di peringkat hospital.

Dengan kerjasama serta sokongan daripada Pengurusan Hospital Sungai Siput dan semua unit-unit, unit ini melaksanakan pelbagai program peningkatan kualiti di hospital seperti Program Quality Assurance/ Quality Improvement termasuklah Hospital Specific Approach (HSA) dan National Indicator Approach(NIA). Di antara aktiviti-aktiviti yang dipantau adalah NIA/KPI, HPIA, Incident Reporting, POMR/PNMR, OSHA, KIK, Patient Safety GoalsPatient Satisfaction, Infection Control, CME, CNE, Innovations, Credentialing dan Privileging, MS ISO/ Akreditasi, Latihan Budaya Korperat, Pengurusan Aduan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan.  Unit ini juga berjaya meneruskan kelangsungan penganjuran Bengkel QA/QI pada setiap tahun.

 Terdapat 44 aktiviti-aktiviti kualiti yang dikehendaki oleh jawatakuasa penyelaras yang telah dilantik. Pembentangan aktiviti kualiti telah dibuat secara berperingkat semasa Mid Term Review dan Mesyuarat Kualiti.

VISI, MISI & OBJEKTIF  

      VISI

          Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap, efisyen dan berkualiti.

       MISI

           Memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, komprehensif, selamat dengan   semangat berpasukan dan profesionalisme.

      OBJEKTIF

  • Untuk memastikan semua aktiviti kualiti yang merangkumi aktiviti peningkatan kualiti KKM dijalankan dan dipantau dengan sempurna.
  • Menyelaras sistem dokumentasi bagi semua aktiviti-aktivit peningkatan kualiti.
  • Menganalisa pencapaian semua aktivit peningkatan kualiti mengikut standard yang ditetapkan dan dihasilkan dalam masa setahun.
  • Menjadi sumber rujukan dan simpanan maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti hospital.

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

 Unit Kualiti menyediakan perkhidmatan seperti:

  1. Mengawasi perlaksanaan dan memantau semua aktiviti peningkatan kualiti seperti yang ditetapkan oleh KKM.
  2. Mengenalpasti dan menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti melalui laporan “shortfall in quality” dan tindakan penambahbaikan yang telah diambil.
  3. Menjadi sumber rujukan dalam memberi maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti dalam hospital.
  4. Mengumpul data aktiviti peningkatan kualiti untuk dianalisa dan menyediakan laporan.
  5. Menyebarkan maklumat berkaitan aktiviti peningkatan kualiti.
  6. Merancang dan melatih anggota hospital dalam perlaksanaan aktiviti kualiti.
  7. Mengendalikan dan mengurus urusan serta aktiviti berkaitan pengauditan dan servei yang dijalankan samada dalaman dan luaran.
  8. Membantu penyediaan unit yang terlibat dalam Akreditasi Hospital, Pertandingan Kaunter Cemerlang dan Pertandingan ‘Healthy Setting’ hospital.

Unit Radiologi  ini terletak bersebelahan dengan Unit Kecemasan dan Unit Pesakit Luar.Unit ini memberikan perkhidmatan radiologi kepada pesakit – pesakit daripada Hospital Sungai Siput dan klinik – klinik kerajaan sekitar Sungai Siput (U).   Waktu perkhidmatan adalah seperti berikut:

Isnin – Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang, selepas 5.00 petang (‘On-call’)
Sabtu / Ahad / Cuti Umum - (‘On-call’) 

OBJEKTIF

   1. Memberi perkhidmatan pengimejan tanpa mengira latar belakang agama,bangsa atau taraf sosio- ekonomi

   2. Memberi jaminan keselamatan radiasi yang rendah dan optima kepada pelanggan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan pengimejan berlandaskan

  • Akta Tenaga Atom 1984 (Akta 304)
  • Akta Tenaga Atom 1984 (Akta 304) : Radiation Protection (licensing) Regulation 1986
  • Akta Tenaga Atom 1984 (Akta 304) : Atomic Energy Licensing(Basic Safety Radiation Protection) Regulation 2010

FUNGSI UTAMA UNIT RADIOLOGI

  1. Pemeriksaan radiografi
  2. Perkhidmatan laporan Pakar Radiologi
  3. Perkhidmatan mendapat tarikh temujanji bagi pemeriksaan radiologi khas di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ipoh.

4 AKTIVITI BAGI FUNGSI UTAMA

 Fungsi 1 : Pemeriksaan Radiografi

Aktiviti 1 : Pemeriksaan radiografi Am

Aktiviti 2 : Pemeriksaan radiografi mudah-alih (‘Mobile’) di wad-wad, unit kecemasan dan unit  forensik.

Fungsi 2 : Perkhidmatan laporan Pakar Radiologi

 Aktiviti 3 : Mendapatkan laporan Pakar Radiologi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ipoh.

Fungsi 3 : Perkhidmatan Temujanji Pemeriksaan Radiologi Khas

 Aktiviti 4 : Mendapatkan tarikh temujanji untuk pemeriksaan radiologi khas di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ipoh.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memberi layanan yang memuaskan dan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tanpa mengira umur,jantina,keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi.
  1. Memastikan semua pelanggan mendapat perlindungan sinaran X-ray yang sewajarnya dan tahap radiasi yang optimum.
  1. Memastikan setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan unit ini.

Unit Patologi Hospital Sungai Siput sebelum ini dikenali sebagai makmal kaji penyakit. Unit patologi adalah sebuah unit sokongan yang menyediakan dan menawarkan perkhidmatan diagnostik yang sesuai dengan perkhidmatan klinikal hospital ini. Unit patologi Hospital Sungai Siput adalah di peringkat II B. Hospital Sungai Siput merupakan hospital tanpa pakar yang menyediakan perkhidmatan untuk pesakit luar dan pesakit dalam.

VISI
Menyediakan perkhidmatan diagnostik yang komprehensif, tepat dan berkualiti untuk meningkatkan taraf kesihatan demi menepati kehendak pelanggan.

MISI

  • Memberikan perkhidmatan diagnostik dan transfusi yang optima, sempurna dan berkesan secara menyeluruh sambil berusaha untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan demi mencapai status kesihatan optima untuk semua golongan masyarakat.
  • Peningkatan kualiti dan produktiviti dengan amalan budaya penyayang, berpasukan dan profesionalisme demi menepati kehendak pelanggan.

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan yang komprehensif, cekap dan berkualiti kepada pelanggan.
  • Memberikan perkhidmatan transfusi darah yang mencukupi dan selamat.
  • Sentiasa mengekalkan mutu perkhidmatan yang tinggi dan ‘zero defect’ dalam perkhidmatan transfusi darah.

MATLAMAT

  • Memastikan semua anggota makmal melazimkan diri dan dapat mematuhi system kualiti yang didokumen dan cekap melaksanakan tugas.
  • Setiap spesimen akan dikendalikan dan diuji mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan.
  • Kesilapan ‘sifar’ dalam pembekalan darah dan komponennya.
  • Mencapai > 90% ujian Full Blood Count (FBC) segera/STAT disiapkan dalam masa 45 minit selepas diterima di makmal.
  • Memastikan kadar penolakan spesimen makmal < 2.5% daripada jumlah terimaan spesimen di kaunter makmal.
  • Memastikan 100% jumlah pemberitahuan nilai kritikal (CV) ujian makmal dalam tempoh < 30 minit selepas keputusan dikeluarkan.
  • Mensasarkan 80% daripada keputusan kawalan mutu luaran bagi setiap kitaran adalah di dalam julat yang ditetapkan.

SKOP PERKHIDMATAN DAN FUNGSI UTAMA UNIT
Unit Patologi dan Transfusi Hospital Sungai Siput (tanpa Pakar Patologi) memberi perkhidmatan dalam bidang – bidang seperti:

  • Patologi kimia (Biokimia)
  • Mikrobiologi dan parasitologi (Klinikal)
  • Kaji darah (Hematologi)
  • Tabung darah (Transfusi)

Perkhidmatan ini merangkumi Wad – wad, Dewan Bedah, Klinik Pakar Perubatan, Unit Pesakit Luar dan Unit Hemodialisis, termasuk klinik kesihatan kerajaan dan klinik-klinik swasta.

Bagi ujian yang tidak ditawarkan, spesimen akan dihantar ke makmal rujukan seperti Makmal Kesihatan Awam Ipoh (MKAI), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Putrajaya (HPj), Hospital Ampang dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Sungai Buloh.

Unit Patologi terletak berhadapan dengan Wad Melor dan Wad Kenanga 3 dan bersebelahan dengan Unit CSSU. Kedudukan yang strategik memudahkan pesakit untuk mengambil darah berdasarkan tanda arah yang dipaparkan.

WAKTU PERKHIDMATAN

  • Operasi perkhidmatan Unit Patologi adalah pada waktu pejabat dan bertugas atas panggilan (oncall) untuk selepas waktu pejabat adalah seperti berikut:

    Waktu pejabat
    Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang
    Postcall : 1.00 petang – 8.00 malam
    Selepas waktu pejabat
    Isnin – Jumaat : 8.00 malam – 8.00 pagi
    Hari minggu & cuti umum
    Sesi Pagi : 8.00 pagi – 8.00 malam
    Sesi Malam : 8.00 malam – 8.00 pagi

PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  • Memberi layanan mesra, cekap dan perkhidmatan penuh bertanggungjawab.
  • Ujian Makmal akan dibuat mengikut peraturan yang bertetapan dengan kualiti kawalan.
  • Membekalkan darah yang selamat dan zero defect dalam transfusion error.
  • Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan

googlemap1

HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Jalan Felda Lasah
31100 Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan

  05-5995000
   hsgsiput@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

008078
Today: 5
Total: 8,078

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 08 January 2026.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video