PENGENALAN
Wad kenanga 3 adalah Wad Materniti yang mempunyai 12 katil untuk Ante Natal dan Post Natal dan Gynea. Mempunyai 3 katil ‘suit ‘ bersalin. Wad Kenanga 3 memberi pelbagai perkhidmatan untuk ibu hamil. Antara perkhidmatan yang di berikan ialah:
- 1. Penjagaan Antenatal dari 22 minggu kehamilan .
2. Penjagaan Post Natal dari selepas bersalin hinggga 42 hari selepas kelahiran.
3. Menyambut kelahiran SVD.
4. Penjagaan kes Gynea
5. ‘Ambulance call’ kes maternity.
6. Patient admition centre (PAC) untuk kes O&G.
Wad Kenanga 3, telah mengekalkan pengiktirafan Hospital Rakan Bayi sehingga Mac 2017 hingga Mac 2020 dan telah di lanjutkan sehingga 2022 kerana pandemic covid-19.penilaian semula Hospital Rakan Bayi telah di lakukan pada 13-15 September 2022. Hospital Rakan Suami serta Perkhidmatan Mesra Ibu. Kami juga mengamalkan Hospital Mesra Ibadah. Pensijilan hospital rakan bayi di lanjutkan sehingga satu tarikh yang akan di maklum kemudian di sebabkan pandemic covid 19.
VISI
Visi Wad Kenanga 3 adalah seiring dengan KKM iaitu:
Negara mengembeling tenaga kearah kesihatan yang lebih baik.
MISI
Misi kementerian kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama
i) Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat
• Mencapai sepenuhnya potensi mereka dlam kesihatan
• Menghargai kesihatan sebagai asset paling berharga
• Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
ii) Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi, iaitu
• Mengutamakan pelanggan
• Saksama
• Tidak membebankan
• Cekap
• Wajar mengikut teknologi
• Boleh di sesuaikan mengikut persekitaran
• Inovatif
iii) Dengan menekankan
• Sifat penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan
• Sifat menghormati maruah insan
• Penglibatan masyarakat
OBJEKTIF
Wad bersalin akan memastikan 95% pesakit yang melahirkan bayi secara ‘spontaneous vaginal delivery (SVD) mendapat menyusukan bayinya dalam masa sejam.
SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT
Skop perkhidmatan Wad Kenanga 3 ialah memberi perawatan kepada pesakit Antenatal, Post Natal , Kes Gynea , PAC dan menyambut kelahiran bayi. Wad Kenanga 3 juga merawat pesakit perempuan (multiple disiplin) apabila wad kenanga 2 ,pesakit telah penuh.
PIAGAM PELANGGAN