my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Patologi

Unit Patologi Hospital Sungai Siput sebelum ini dikenali sebagai makmal kaji penyakit. Unit patologi adalah sebuah unit sokongan yang menyediakan dan menawarkan perkhidmatan diagnostik yang sesuai dengan perkhidmatan klinikal hospital ini. Unit patologi Hospital Sungai Siput adalah di peringkat II B. Hospital Sungai Siput merupakan hospital tanpa pakar yang menyediakan perkhidmatan untuk pesakit luar dan pesakit dalam.

VISI
Menyediakan perkhidmatan diagnostik yang komprehensif, tepat dan berkualiti untuk meningkatkan taraf kesihatan demi menepati kehendak pelanggan.

MISI

  • Memberikan perkhidmatan diagnostik dan transfusi yang optima, sempurna dan berkesan secara menyeluruh sambil berusaha untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan demi mencapai status kesihatan optima untuk semua golongan masyarakat.
  • Peningkatan kualiti dan produktiviti dengan amalan budaya penyayang, berpasukan dan profesionalisme demi menepati kehendak pelanggan.

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan yang komprehensif, cekap dan berkualiti kepada pelanggan.
  • Memberikan perkhidmatan transfusi darah yang mencukupi dan selamat.
  • Sentiasa mengekalkan mutu perkhidmatan yang tinggi dan ‘zero defect’ dalam perkhidmatan transfusi darah.

MATLAMAT

  • Memastikan semua anggota makmal melazimkan diri dan dapat mematuhi system kualiti yang didokumen dan cekap melaksanakan tugas.
  • Setiap spesimen akan dikendalikan dan diuji mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan.
  • Kesilapan ‘sifar’ dalam pembekalan darah dan komponennya.
  • Mencapai > 90% ujian Full Blood Count (FBC) segera/STAT disiapkan dalam masa 45 minit selepas diterima di makmal.
  • Memastikan kadar penolakan spesimen makmal < 2.5% daripada jumlah terimaan spesimen di kaunter makmal.
  • Memastikan 100% jumlah pemberitahuan nilai kritikal (CV) ujian makmal dalam tempoh < 30 minit selepas keputusan dikeluarkan.
  • Mensasarkan 80% daripada keputusan kawalan mutu luaran bagi setiap kitaran adalah di dalam julat yang ditetapkan.

SKOP PERKHIDMATAN DAN FUNGSI UTAMA UNIT
Unit Patologi dan Transfusi Hospital Sungai Siput (tanpa Pakar Patologi) memberi perkhidmatan dalam bidang – bidang seperti:

  • Patologi kimia (Biokimia)
  • Mikrobiologi dan parasitologi (Klinikal)
  • Kaji darah (Hematologi)
  • Tabung darah (Transfusi)

Perkhidmatan ini merangkumi Wad – wad, Dewan Bedah, Klinik Pakar Perubatan, Unit Pesakit Luar dan Unit Hemodialisis, termasuk klinik kesihatan kerajaan dan klinik-klinik swasta.

Bagi ujian yang tidak ditawarkan, spesimen akan dihantar ke makmal rujukan seperti Makmal Kesihatan Awam Ipoh (MKAI), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Putrajaya (HPj), Hospital Ampang dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Sungai Buloh.

Unit Patologi terletak berhadapan dengan Wad Melor dan Wad Kenanga 3 dan bersebelahan dengan Unit CSSU. Kedudukan yang strategik memudahkan pesakit untuk mengambil darah berdasarkan tanda arah yang dipaparkan.

WAKTU PERKHIDMATAN

  • Operasi perkhidmatan Unit Patologi adalah pada waktu pejabat dan bertugas atas panggilan (oncall) untuk selepas waktu pejabat adalah seperti berikut:

    Waktu pejabat
    Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang
    Postcall : 1.00 petang – 8.00 malam
    Selepas waktu pejabat
    Isnin – Jumaat : 8.00 malam – 8.00 pagi
    Hari minggu & cuti umum
    Sesi Pagi : 8.00 pagi – 8.00 malam
    Sesi Malam : 8.00 malam – 8.00 pagi

PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

  • Memberi layanan mesra, cekap dan perkhidmatan penuh bertanggungjawab.
  • Ujian Makmal akan dibuat mengikut peraturan yang bertetapan dengan kualiti kawalan.
  • Membekalkan darah yang selamat dan zero defect dalam transfusion error.
  • Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan

googlemap1

HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Jalan Felda Lasah
31100 Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan

  05-5995000
   hsgsiput@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

004772
Today: 4
Total: 4,772

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 23 June 2025.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video