PENGENALAN
Unit Pesakit Luar mula beroperasi pada 23 Januari 1995.Unit ini menyediakan rawatan perubatan dan kesihatan pesakit luar kepada pelanggan yang memerlukan mengikut keupayaan dan kepakaran serta fasiliti yang ada. Sekiranya keadaan pesakit yang dirawat melangkaui keupayaan dan kepakaran atau fasiliti organisasi ini, Pesakit akan dirujukkan ke Hospital yang memiliki keupayaan dan kepakaran serta fasiliti yang diperlukan. Kebiasaannya pesakit akan dirujukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.Unit ini beroperasi dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan tutup pada hari Sabtu dan Ahad serta Cuti Umum, manakala perkhidmatan mencuci luka sekarang, hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja
VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
Memberi perawatan berkonsep mesra pelanggan,cekap dan berkualiti.
MISI
Memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada pelanggan dengan semangat berpasukan.
OBJEKTIF
- Memastikan perkhidmatan yang diberi mencapai 85 % tahap kepuasan pelanggan.
- Memastikan setiap pesakit akan mendapat rawatan asas (ujian vital sign) dalam masa 30 minit selepas pendaftaran dilakukan.