my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Kejururawatan

Hospital Sg Siput mula beroperasi sepenuhnya pada 23hb Januari 1997.Ia dirasmikan oleh Dato Seri Samy Vello pada 1hb April 1995. Hospital ini dibina berkonsepkan Hospital Nukleus dengan kos sebanyak RM 37.53 juta. Ianya terletak di Daerah Sg Siput (U) dimana ia merupakan sub daerah kepada Daerah Kuala Kangsar,Perak. Terletak bersebelahan dengan jalan yang menghubungkan Ipoh Ke Kuala Kangsar dan hanya berjarak 3 km dari pekan Sg Siput. Hospital Sg Siput,khususnya Unit Pesakit Dalam terdiri daripada 4 buah wad yang boleh menampung sebanyak 93 buah katil. Unit Pesakit Dalam adalah terdiri Wad Kenanga 1(Multidisiplin Lelaki) , Wad Kenanga 2(Multidisiplin perempuan) , Wad Melor (Wad Kanak-kanak) dan Wad Kenanga 3(O&G) serta Labour Room . Wad –wad ini terletak di blok kedua di sepanjang laluan utama. Wad Kenanga 1 dan Wad Kenanga 2 berhadapan dengan Unit Farmasi Pesakit Luar manakala Wad Melor dan Wad Kenanga 4 berhadapan dengan Unit Patologi dan Dewan Bedah.

Hospital ini bernaung di bawah Pentadbiran Pengarah Hospital Dr Asrul Sani Bin Shamsuddin.Unit kejururawatan diterajui oleh seorang Penyelia Jururawat U36 selaku Ketua Penyelia Jururawat Hospital yang bertanggungjawab dalam melaksanakan segala pengurusan dan pentadbiran kejururawatan bagi semua kategori anggota kejururawatan di Hospital Sg Siput dengan dibantu oleh seorang Penyelia Jururawat Gred U36 sebagai Penyelia Kawasan . Selain daripada itu juga ia mempunyai 7 orang Ketua Jururawat Gred U32 yang bertanggungjawab menguruskan wad-wad dan beberapa unit kecil seperti CSSU, Klinik Pakar, Unit Kualiti,Unit Kawalan Infeksi dan Dewan Bedah.

Perkhidmatan perawatan pesakit dalaman adalah menjadi tonggak utama kepada perkhidmatan kejururawatan di hospital ini. Mempunyai Jumlah yang terbesar iaitu seramai 90 orang sekali gus telah menjadikan anggota kejururawatan merupakan aset sumber manusia terbesar yang terlibat secara langsung dalam memberi perkhidmatan kesihatan untuk pesakit dalam dan pesakit luar. Mereka juga berganding bahu dengan semua unit sokongan lain di Hospital ini ke arah memenuhi visi, misi dan objektif organisasi dalam memantapkan lagi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat sekitarnya. Jururawat- jururawat yang telah mengikuti kursus pengkhususan pos basik akan ditempatkan mengikut kepakaran masing-masing untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kejururawatan. Penempatan Jururawat adalah mengikut keperluan di wad/unit dan juga klinik yang terlibat.

Walaupun negara telah diistihar endemik, wad covid masih tetap beroperasi sebanyak 12 di Wad Kenanga 2 hingga sekarang tapi hanya menerima pesakit lelaki sahaja mulai 12.09.2022. Pesakit perempuan dan pediatrik dihantar ke Hospital Batu Gajah. Menerima kemasukan kes Covid 19 dari Hospital Kluster Ipoh dan Pkd Daerah Kinta dan Kuala Kangsar.

VISI KEJURURAWATAN
Memberi khidmat perawatan secara holistik bagi meningkatkan status kesihatan yang berkualiti dengan berlandaskan Budaya Penyayang ,Kerja Berpasukan dan Profesionalisma seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

MISI KEJURURAWATAN

  • Kami akan bekerja secara berpasukan dengan anggota kesihatan yang lain,pesakit ,keluarga dan masyarakat untuk memberi perawatan yang berkualiti.
  • Kami juga akan menyediakan perkhidmatan penyayang , persekitaran yang selesa dan selamat dan kepada semua pesakit.
  • Kami bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang berdasarkan peraturan –peraturan dan etika kejururawatan

OBJEKTIF KEJURURAWATAN
OBJEKTIF UTAMA

Untuk memberikan perkhidmatan kejururawatan yang bersesuaian ,kompeten dan efisen.

OBJEKTIF AM

  • Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran terkini bagi setiap jururawat untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.
  • Memberikan perkhidmatan berkualiti, selamat, efektif dan efsyen kepada semua pelanggan.
  • Mengamalkan sikap penyayang, kerja berpasukan dan menjalankan tugas secara profesional.
  • Melibatkan diri dalam kajian kejururawatan bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kejururawatan.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai untuk semua anggota kejururawatan.
  • Mempetingkatkan pengetahuan pelanggan dengan memberikan pendidikan kesihatan yang berkesan kepada pesakit dan keluarga.

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

  • Memberi perawatan kejururawatan yang berkualiti
  • Mematuhi etika dan tingkah laku yang professional sentiasa diamalkan dikalangan para jururawat.
  • Memastikan perawatan yang diberi boleh diterima, selamat dan optima.
  • Pengurusan sumber manusia kejururawatan dan anggota sokongan yang berkaitan .
  • Memastikan semua anggota kejururawatan mendapat pendidikan dan latihan yang sesuai supaya dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan.
  • Unit beroperasi mengikut waktu pejabat dan shif.
  • Unit menyediakan perkhidmatan penyeliaan kejururawatan 24 jam melalui Ketua Jururawat dan Penyelia Jururawat atas panggilan.
  • Menguruskan CSSU/Unit Kawalan Infeksi /Dewan Bedah/Klinik Pakar
  1. Lokasi perkhidmatan melibatkan peranan Jururawat merangkumi :-
  2. Wad Multidisiplin Lelaki
  3. Wad Multidisiplin Perempuan
  4. Wad Paediatrik
  5. Wad Obstetrik dan Ginekologi
  6. Unit Kualiti
  7. Unit Kawalan Infeksi
  8. Pengurusan Diabetik
  9. Klinik Pakar
  10. Unit Kecemasan & Trauma
  11. Unit Pesakit Luar
  12. Unit CSSU
  13. Dewan Bedah
  14. Unit Heamodialysis
  15. Walk In Blood Donor
  16. Mobile Team (Blood Donor)
  17. Unit Pengambilan darah
  18. Screening Retinopathy dikalangan pesakit Diabetic Mellitus
  19. Locum

AKTIVITI- AKTIVITI UNIT PENYELIAAN KEJURURAWATAN

Aktiviti kualiti perkhidmatan kejururawatan ini diwujudkan sebagai satu usaha dan panduan untuk meningkatkan keberkesanan dan penglibatan anggota kejururawatan dalam aktiviti kualiti peringkat wad, unit sebagai sokongan kearah pencapaian objektif pengurusan sistem kualiti peringkat Hospital:

  • Menggembling sepenuhnya tenaga kerja kejururawatan dalam penglibatan aktiviti kualiti di peringkat Unit/ Wad.
  • Memberi focus kepada pembangunan sistem – sistem dan proses – proses kerja yang berkualiti.
  • Menekankan proses penambahbaikan dan berterusan (continuous improvement). Proses ini mengandungi tindakan – tindakan strategik yang dirancang dengan teliti dan berorientasikan matlamat jangka panjang dapat dicapai diperingkat Unit / Wad.
  • Merancang, menganjur dan mengelolakan program pendidikan kejururawatan.
  • Mengatur penempatan anggota kejururawatan yang baru melapor diri dan bertukar masuk ke hospital ini.
  • Menyampaikan kepada semua anggota kejururawatan tentang maklumat terkini kemajuan dan perubahan dibidang kejururawatan dari masa kesemasa.
  • Mengedarkan surat perkeliling berkenaan, surat pengumuman untuk perhatian anggota kejururawatan sebagai makluman dan tindakan.
  • Menentukan anggota kejururawatan yang berkelulusan dibidang tertentu ditempatkan / digunakan di unit berkenaan.
  • Mengemaskini rekod semua kategori anggota kejururawatan.Menyalurkan arahan/garispanduan /prosedur berkaitan dengan perkhidmatan kejururawatan yang dikeluarkan oleh Cawangan Jururawat dan Kementerian Kesihatan.
  • Menerima arahan dari Kolej Kejururawatan /Unit Latihan jika ada perubahan yang perlu mengenai isu-isu penempatan pelatih.
  • Memastikan semua anggota kejururawatan mengisi borang untuk pengamalan Jururawat setiap tahun.
  • Memastikan semua data bulanan di hantar ke Unit Kejururawatan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada minggu pertama setiap bulan mengikut jadual yang ditetapkan.

googlemap1

HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Jalan Felda Lasah
31100 Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan

  05-5995000
   hsgsiput@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

004772
Today: 4
Total: 4,772

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 23 June 2025.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video