my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Rekod Perubatan

PENGENALAN

Unit Rekod Perubatan merupakan perkhidmatan sokongan yang dipertanggungjawab dalam pengurusan rekod-rekod perubatan pesakit (RPP), mengurus permohonan Laporan Perubatan dan pusat pengumpulan maklumat atau data-data statistik untuk keperluan pihak hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Sebagai penyimpanan rekod berpusat, Rekod Perubatan Pesakit (RPP) didaftarkan dengan kaedah “One Patient One Folder” dan disimpan menggunakan “Terminal Digit Filling System”.

VISI, MISI & OBJEKTIF

VISI

Memperkasa tadbir urus perkhidmatan rekod perubatan yang lebih efisyen.

MISI

Meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan di Unit Rekod Perubatan.

OBJEKTIF

Unit Rekod Perubatan akan memastikan 90% laporan perubatan disiapkan dalam tempoh 14 hari bekerja.

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

 Skop perkhidmatan dan fungsi utama Unit Rekod Perubatan adalah seperti berikut:

  • Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit Dalam (RPP) termasuk kad-kad kecemasan yang berpotensi sebagai kes Medico-legal dan filem-filem X-Ray.
  • Pemantauan dan penyeliaan ke atas penambahbaikan RPP dari semasa ke semasa.
  • Penyediaan Statistik Pesakit Dalam (SMRP Web-based), Pesakit Luar, Rawatan Harian dan Perkhidmatan Sokongan.
  • Pengurusan kemasukan data pesakit ke dalam Sistem Casemix.
  • Penyelaras Hospital Performance Indicator Accountability (HPIA), National Indicator Approach (NIA) dan Key Performance Indicator (KPI) ke atas penerimaan rekod perubatan pesakit discaj dan penyediaan laporan perubatan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pengurusan permohonan laporan perubatan
  • Pengurusan pentadbiran Unit Rekod Perubatan:
  • Pelupusan rekod perubatan mengikut Jadual Pelupusan Rekod Perubatan 2016 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diluluskan oleh Arkib Negara.
  • Sekretariat Jawatankuasa Rekod Perubatan yang berfungsi untuk memantau tadbir urus rekod perubatan pesakit.

PIAGAM PELANGGAN

  • 90% Laporan perubatan yang dipohon akan disiapkan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, jujur dan ikhlas.

PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN

Penyediaan laporan perubatan merupakan antara indikator terpenting unit ini dan tersenarai sebagai Piagam Pelanggan Teras dan Hospital Performance Indicator for Accountability (HPIA) dan perlu mencapai 90% siap dalam tempoh 14 hari bekerja. Jenis laporan yang diambilkira di dalam indikator ini adalah;

(a) Laporan Perubatan Biasa

(b) Laporan Perkeso

(c) Laporan KWSP

(d) Laporan Insurans

(e) Laporan Peguam

googlemap1

HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Jalan Felda Lasah
31100 Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan

  05-5995000
   hsgsiput@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

004772
Today: 4
Total: 4,772

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 23 June 2025.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video