Unit Hemodialisis Hospital Sungai Siput mula beroperasi pada 15hb. September 2005 dengan 5 orang pesakit dengan kekuatan 4 unit mesin dialisis sahaja. (pesakit-pesakit ini ditukarkan dari Hospital Ipoh). Perkhidmatan yang diberi adalah rawatan haemodialisis pada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir (End stage renal failure). Unit ini memberi perkhidmatan kepada pesakit di-sekitar kawasan daerah Sungai Siput, Ini memudahkan pesakit bagi mendapatkan rawatan dialisis kerana kebanyakkan Pusat Rawatan Dialisis swasta hanya berada di Bandar Ipoh dan Kuala Kangsar sahaja. Hanya sebuah pusat Dialisis swasta sahaja yang beroperasi di Sungai Siput ini dan kuota kerusi telah dipenuhi.
Upacara pembukaan rasmi bangunan ini talah disempurnakan oleh YB. Dato’ Dr. Chua Soi Lek. Menteri Kesihatan Malaysia, pada hari Khamis bertarikh 18hb Mei 2006. Selepas pembukaan secara rasmi penambahan 4 unit mesin dialisis diperolehi. Pada tahun 2012, bangunan tambahan telah dibina dengan penambahan 5 ‘point RO’ untuk penambahan ruang dan mesin rawatan bagi menampung jumlah pesakit yang menunggu untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Siput. Pada tahun 2014, 5 buah mesin dialysis dan sebuah mesin reprosesor baru diperoleh dan mula digunakan. Kini jumlah keseluruhan peralatan khusus bagi perawatan Hemodialisis di Hospital Sungai Siput adalah seperti berikut:
- Mesin Dialisis sebanyak 13 unit. (1 unit diletakkan pada mode spare mengikut kehendak Pensijilan Akreditasi)
- Mesin Reprosesor sebanyak 3 unit. (sebuah berstatus V4 namun belum diganti sejak tahun 2018)
- Mesin RO sebanyak 1 unit bersama 3 mambrane.
OBJEKTIF UNIT HAEMODIALISIS
Sentiasa memberi Perkhidmatan Perawatan dan Pendidikan Kesihatan yang berkesan.
FUNGSI UNIT HAEMODIALISIS
Unit ini memberi rawatan haemodialisis kepada pesakit ‘End Stage Renal Failure’ yang layak mengikut critera tertentu. Masa rawatan setiap pesakit adalah 4 jam untuk 3 kali seminggu. Rawatan hanya diberi kepada pesakit yang terdapat di dalam program.