Wad Kenanga 2 Hospital Sg Siput merupakan Wad Multi Displin Perempuan. Wad ini mempunyai jumlah katil sebanyak 30 buah katil. 12 Medical ,4 Surgical dan 4 Orthopedik dan dan 10 katil Oftalmologi ( Perempuan/ Lelaki) . Wad ini menerima kemasukkan pesakit dari Unit Kecemasan dan Trauma , Klinik pakar dan Unit Pesakit Luar. Lokasi Wad Kenanga 2 adalah berhadapan dengan Unit Farmasi dan laluan ke Unit Kecemasan serta bertentangan dengan Wad kenanga 1. Fungsi utama Wad Kenanga 2 ini adalah memberi rawatan dan perkhimatan yang terbaik kepada pesakit yang masuk supaya pesakit dapat sembuh dan pulang kerumah dengan selamat dan berpuashati dengan perkhidmatan yang diberi.Selain itu menerima kes- kes step-down dari HRPB.
Wad ini beroperasi 24 jam dengan sistem 3 shift beroperasi.
- Shitt Pagi (7pagi -2 petang.)
- Shift petang (2 petang-9 malam)
- Shift malam (9 malam -7.30 pagi).
VISI
Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap, efisyen dan berkualiti.
MISI
Memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, komprehensif, selamat dengan semangat berpasukan dan profesionalisme.
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkualiti berteraskan elemen-elemen budaya korporat supaya setiap individu mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkan menjalani kehidupan ekonomi dan social yang produktif.