my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Sajian & Dietetik

sajian

Unit Sajian Hospital Sungai Siput ( U ) pada mulanya dikenali sebagai Unit Makanan dan Dapur wujud serentak dengan penubuhan Hospital Sungai Siput pada 16 hb Februari 1995.

VISI
Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap, efisyen dan berkualiti.

MISI
Memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, komprehensif, selamat dengan semangat berpasukan dan profesionalisme.

OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkualiti berteraskan elemen-elemen budaya korporat supaya setiap individu mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkan menjalani kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.

SENARAI ANGGOTA DAN PERJAWATAN
Unit Sajian diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 dan staf dibawah penyeliaan seramai 6 orang Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19.

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

  • Pembekalan makanan kepada pesakit di hospital merupakan dasar utama (asas) di dalam program rawatan pesakit bahagian Perkhidmatan Makanan. Sewaktu penyediaan makanan aspek-aspek keseimbangan makanan seperti kandungan kalori dan mengawal jenis makanan amat diberikan perhatian. Secara tidak langsung mesej pendidikan kesihatan berhubung pemakanan yang seimbang dapat dilaksanakandan sedikit sebanyak akan mengubah amalan pemakanan yang kurang sihat yang mana sering memudaratkan kesihatan tubuh badan.
  • Menyediakan makanan kepada Pegawai Perubatan semasa membuat tugas-tugas atas panggilan (On Call) serta Pegawai Perubatan di Dewan Pembedahan.
  • Membekalkan snek kepada pesakit di Unit Haemodialisis.

Terdapat 2 jenis diet yang disediakan di Unit Sajian iaitu :

  • Diet Normal merupakan diet yang seimbang. Disediakan untuk pesakit yang tidak memerlukan modifikasi nutrient keatas dirinya. Ciri-ciri diet ini adalah pelbagai jenis makanan disediakan supaya memenuhi keperluan makronutrien dan mikronutrien harian.
  • Diet Teraputik termasuk Diet Vegetarian – Disediakan untuk seseorang berdasarkan kepada jenis penyakit, kombinasi penyakit dan tahap komplikasi penyakitnya. Ini akan menentukan keperluan modifikasi keatas makronutrien dan/ataumikronutrien yang diperlukan untuk membantu rawatan. Selain daripada itu, terdapat juga pesakit yang memerlukan modifikasi tekstur ke atas diet normal dalam beberapa peringkat sehingga diet cecair. Sebagai tambahan, produk formula enteral akan dibekalkan bagi kes yang memerlukan‘nutrition support’.

Penyajian makanan dilakukan mengikut Kelas 3. Jumlah hidangan adalah 4 kali sehari, yang mana kesemua pesakit akan dihidangkan dengan menu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

  • Unit Sajian menyediakan diet teraputik bagi pesakit yang mengalami masalah kesihatan yang telah dirujuk oleh pegawai perubatan. Diet teraputik ini adalah diet yang membekalkan keperluan nutrien seimbang yang diperlukan bagi setiap pesakit yang berkenaan bagi mengalakkan penyembuhan pesakit. Kesemua jenis makanan yang mana terdiri dari diet seimbang dan diet teraputik ini, dihidangkan dan dibekalkan terus dari Unit Sajian. Pemesanan diet dilakukan oleh jururawat di wad. Makanan disediakan dan dihidangkan secara hidangan berpusat dimana makanandisediakan di dalam setiap tray di Unit Sajian dan diagihkan terus kepada pesakit berdasarkan kepada jenis menu yang diperlukan oleh setiap pesakit.

Pelanggan di Unit Sajian terbahagi kepada pelanggan secara langsung dan juga secara tidak langsung.

a) Secara langsung - Pesakit di dalam wad
b) Secara tidak langsung - Pesakit Haemodialisis, pegawai yang bertugas di Dewan Pembedahan dan Doktor On Call

Jadual Pengambilan Diet Di Unit Sajian :
Sarapan Pagi : 7.30 pagi
Makan Tengahari : 12.00 tengahari
Minum Petang : 2.30 petang
Makan Malam : 5.30 petang

PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap pesakit akan disajikan dengan hidangan makanan yang menarik, berkualiti mengikut pilihan menu yang disediakan.
  • Setiap pesakit akan diberikan perkhidmatan makanan secara hybrid mengikut diet yang diberikan iaitu diet normal atau diet teraputik.
  • Setiap pesakit akan dihidangkan makanan mengikut masa yang ditetapkan
  • Setiap doktor dalam panggilan disediakan makanan yang berkualiti.

googlemap1

HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Jalan Felda Lasah
31100 Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan

  05-5995000
   hsgsiput@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

004772
Today: 4
Total: 4,772

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 23 June 2025.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video