Unit Kecemasan dan Trauma merupakan satu subperkhidmatan yang terpenting di Hospital Sungai Siput. Perkhidmatan ini berada di bahagian hadapan hospital. Perkhidmatan yang yang diberikan adalah perkhidmatan perubatan kecemasan dan trauma. Ianya beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari dalam setahun. Piawaian perkhidmatan unit kecemasan dan trauma berlandaskan polisi perkhidmatan rawatan kecemasan dan trauma yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Konsep rawatan di unit kecemasan berdasarkan sistem triage yang telah di tetapkan berpandukan zon triage iaitu zon merah bagi kes kritikal, zon kuning bagi kes separa kritikal dan zon hijau bagi kes bukan kecemasan. Unit Kecemasan menyediakan satu pasukan resusitasi yang cekap ,berkesan dan mantap yang bergabung dengan perkhidmatan diagnostik yang lebih tepat dan intervensi bagi menyelamat nyawa yang kritikal. Anggota pengurusan pesakit kritikal dilakukan oleh pasukan yang cekap serta anggota yang mahir dan terlatih terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat dan anggota penjagaan kesihatan sokongan yang lain.
VISI
Unit Kecemasan & Trauma Hospital Sungai Siput menyediakan perawatan yang efisyen, selamat ,mesra dan berkualiti serta menghormati maruah pesakit, bertanggungjawab dan berbudi bahasa.
MISI
Unit Kecemasan & Trauma Hospital Sungai Siput komited kepada :
- Menyediakan pengurusan masa yang tepat, sesuai dan focus terhadap pesakit dan keluarga serta menjadikan Unit Kecemasan sebuah tempat yang selamat dalam memberi perawatan kepada pesakit.
- Menyediakan perancangan yang tepat untuk pesakit dengan mendapatkan nasihat dari unit atau disiplin yang lain dan ini akan menjanjikan perawatan efektif, menjimatkan masa dan kos.
- Berkerjasama dengan komuniti tempatan dan kebangsaan, sector bukan kerajaan ( swasta ) dan bantuan penyelamat yang lain bagi mewujudkan kesedaran tentang perkhidmatan perawatan kecemasan khususnya.
- Menyediakan perkhidmatan klinikal, perkhidmatan social dan perkhidmatan pembelajaran yang berterusan berpandukan ”Clinical Practice Guidelines” ( CPG ) dan sesi paktikal yang menyeluruh.
OBJEKTIF
Mengendalikan kes trauma dengan sempurna dan tiada kes kembali untuk dirawat semula dalam masa 24 jam.
SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT
- Memberi rawatan untuk kes-kes kecemasan dan trauma.
- Perkhidmatan perawatan pra hospital.
- Pengurusan kes-kes “One Stop Crisis Center” ( OSCC )
- Penyediakan pasukan perlindungan perubatan .
- Menguruskan kes-kes bedah siasat mayat.
PIAGAM PELANGGAN
Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal dengan masa menunggu seperti berikut:
- Malaysia Triage Category (MTC) MERAH
Standard : Dirawat serta merta adalah 100% - Malaysia Triage Category (MTC) KUNING
Standard : Dirawat dalam masa 30 minit adalah 85 % - Malaysia Triage Category (MTC) HIJAU
Standard : Akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit adalah 70% dilihat dalam masa 90 minit.