my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Pemulihan Carakerja

Unit Pemulihan Carakerja Hospital Sungai Siput terletak di Bangunan Rehabilitasi bersebelahan Dewan CME Hospital Sungai Siput. Ianya juga berkongsi ruang dengan Unit Pemulihan Anggota (Fisioterapi). Unit ini mula beroperasi pada 16hb April 2009. Anggaran belanjawan mengurus untuk menempatkan Jurupulih Perubatan Carakerja U29 di Hospital Sungai Siput diluluskan pada 5hb Ogos 2008. Kekosongan perjawatan Jurupulih Perubatan Carakerja U29 telah diisi pada 16hb Mac 2009.

unit carakerja

VISI
Menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang bersistematik, bertaraf antarabangsa dan mudah diperolehi di setiap peringkat sistem penjagaan kesihatan dalam meningkatkan kualiti kehidupan pelanggan.

MISI
Perkhidmatan ini diberikan oleh warga kerja yang berpengetahuan, berkemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan evidence based practice.

OBJEKTIF

  • Untuk memastikan pelanggan dapat Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang selamat, tepat dan berkesan.
  • Untuk menyediakan satu garis panduan bagi menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja pada tahap optimum melalui kerjasama Ahli Kumpulan Perawatan multidisciplinary team – MDT kearah penjagaan pesakit secara menyeluruh.
  • Untuk memastikan Jurupulih Carakerja sentiasa kompeten dari segi pengetahuan dan kemahiran dengan mengikuti program pembelajaran berterusan.


SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan utama Unit Pemulihan Carakerja:

  • Menjalankan penilaian kefungsian fizikal, mental dan sosial.
  • Merancang rawatan pemulihan bernilai terapeutik.
  • Menjalankan intervensi:
    (a) Kepada pesakit yang terdiri daripada kanak-kanak, dewasa dan warga emas.
    (b) Skop perkhidmatan ini melibatkan aspek promotif, preventif dan rehabilitatif.

Perkhidmatan rawatan pemulihan umum yang dijalankan adalah seperti:

  • Pemulihan disfungsi fizikal
  • Pemulihan kes kanak-kanak
  • Pemulihan kes ortopedik
  • Pemulihan kes perubatan dan pembedahan
  • Pemulihan psikiatri
  • Pemulihan geriatric

Tujuan utama Perkhidmatan Pemulihan Carakerja adalah merupakan salah satu perkhidmatan rawatan pemulihan dengan menggunakan aktiviti terapeutik bagi membantu pesakit yang mengalami masalah ketidakupayaan fizikal, psikologikal dan sosial supaya dapat kembali berdikari ke tahap optima dalam Activity Daily Living, Work dan Leisure.

Skop perkhidmatan rawatan yang dijalankan:

1. Activities of Daily Living Assessment and Training
2. Motor and Functional Assessment and Training
3. Cognitive and Perceptual Assessment and Training
4. Pre-School Assessment and Training
5. Wheelchair Assessment and Training
6. Driving Assessment & Training
7. Work and Vocational Assessment and Training
8. Home/Work Place/School Assessment
9. Developmental Assessment and Training
10. Behaviour Management
11. Aids and Adaptation
12. Compression Therapy
13. Creative Therapy
14. Social Skill Assessment and Training
15. Patient’ and Careers’ Education
16. Play and Leisure (Exploration & Training)
17. Relaxation Therapy
18. Sensory Assessment and Training
19. Splint and Orthotics
20. Lain-lain (Rawatan terkini)

googlemap1

HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Jalan Felda Lasah
31100 Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan

  05-5995000
   hsgsiput@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

004772
Today: 4
Total: 4,772

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 23 June 2025.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video