my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Kewangan & Hasil

Unit ini bernaung di bawah Pengurusan Pentadbiran yang terdiri daripada dua (2) komponen utama iaitu Kewangan dan Hasil. Objektif utama program adalah untuk mempermudahkan dan menyokong pencapaian dasar dan objektif hospital dengan memberi bantuan kepada program-program lain melalui pengendalian perakaunan berkomputer, mengawal selia peraturan perbelanjaan serta kutipan hasil mengikut peraturan-peraturan selaras Arahan Perbendaharaan Pekeliling Kewangan dan Perakaunan dan 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) yang sedang berkuatkuasa.

VISI
Mewujudkan sebuah pengurusan peruntukan disamping perakaunan berkomputer yang cekap dan cemerlang demi mencapai objektif hospital.

MISI
Mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan kewangan yang terbaik serta memastikan kutipan hasil dapat dilaksanakan selaras arahan yang sedang berkuatkuasa.

OBJEKTIF
Memastikan pengurusan dan perbelanjaan kewangan jabatan digunakan secara berhemah serta mengikut peraturan.

FUNGSI UTAMA

i) Menguruskan pembayaran bekalan dan perkhidmatan, kontrak, elaun lebih masa, tuntutan perjalanan dan lain-lain perbelanjaan.
ii) Mengurus emolumen bagi semua anggota Hospital Sungai Siput
iii) Mengendalikan Terimaan bayaran dan mengeluarkan resit rasmi perbendaharaan serta memproses penyata pemungut.
iv) Memastikan penyata terimaan dan bayaran amanah, baki pendeposit diselenggara dengan tepat dan mengikut peraturan.
v) Menerima waran peruntukan dan membuat pecahan perbelanjaan mengikut peraturan kewangan.
vi) Menyediakan semua Laporan Akaun Bulanan, Laporan Flimsi Perbelanjaan Mengurus dan Hasil, Laporan e-Perolehan ke Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut tarikh yang ditetapkan.
vii) Memastikan Panjar Wang Runcit digunakan secara optima dan Sijil Panjar disediakan setiap tahun.
viii) Memastikan perbelanjaan tidak melebihi peruntukan dan mengikut peraturan kewangan.
ix) Menguruskan perolehan bekalan dan aset alat perubatan dan bukan perubatan.
x) Menguruskan proses sebutharga mengikut peraturan dan pekeliling perbendaharaan.

googlemap1

HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Jalan Felda Lasah
31100 Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan

  05-5995000
   hsgsiput@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

004772
Today: 4
Total: 4,772

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 23 June 2025.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video