my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Kejuruteraan

Unit Kejuruteraan Operasi di Hospital Sungai Siput telah ditubuhkan untuk mengawalselia perkhidmatan sokongan di hospital oleh syarikat konsesi Edgenta Medi-Serve Sdn.Bhd. Tugas mengawalselia telah dijalankan oleh pihak Sistem Hospital Awasan Taraf Sdn. Bhd. (SIHAT) sejak penswastaan sehingga 31 Oktober 2011. Tugas-tugas yang merangkumi pemantauan dan perundingan (khidmat nasihat) telah diambil alih sepenuhnya oleh Unit Kejuruteraan di hospital-hospital negeri bermula 1 November 2011. Di Hospital Sungai Siput, Unit ini diketuai oleh Penolong Jurutera (Gred J29) bagi memantau kawalselia perkhidmatan sokongan di hospital.

VISI
Menyediakan organisasi terdiri daripada pasukan kerja professional yang cekap dan berkemahiran tinggi dalam penyediaan perkhidmatan kejuruteraan dan saintifik yang berkualiti dan berinovatif di Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada:

  • Pembangunan dasar yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran dan perkhidmatan kejuruteraan fasiliti kesihatan.
  • Perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti kesihatan persekitaran, perkhidmatan kejuruteraan fasiliti dan peralatan biomedikal, perkhidmatan pembersihan, pembekalan linen dan pengurusan sisa – sisa klinikal serta perkhidmatan penyelnggaraan fasiliti kesihatan.
  • Perancangan, pelaksanaan , penyeliaan projek – projek di fasiliti kesihatan.

OBJEKTIF

  • Pemantauan pelaksanaan penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) bagi enam perkhidmatan iaitu Facility Management Services (FMS), Facilities Engineering Maintenance Services (FEMS), Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS), Cleansing Services (CLS), Healthcare Waste Management Services (HWMS) dan Linen and Laundry Services (LLS) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan bidang kejuruteraan termasuk menghadiri sesi Testing and Commisioning (T&C) untuk skop kerja di bawah projek-projek pembangunan, pembaikan dan naik taraf di hospital.
  • Menilai tahap prestasi perkhidmatan syarikat konsesi/perunding dalam tempoh empat (4) bulan.

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

  • Memantau dan memastikan pihak konsesi melaksanakan kebersihan dan pemeriksaan bangunan di lakukan mengikut jadual.
  • Memantau projek atau kerja yang dilaksanakan di Hospital oleh pihak konsesi atau kontraktor luar.
  • Memastikan ambulan, kenderaan jabatan berfungsi dengan baik.
  • Memastikan peralatan perubatan diselenggara oleh pihak konsesi dengan baik dan sempurna.
  • Memastikan sistem - sistem di Hospital berfungsi dengan baik.
  • Mengambil tindakan sekiranya terdapat aduan yang tidak boleh diselesaikan.
  • Memohon peruntukan bagi melaksanakan kerja – kerja naiktaraf bagi bangunan dan sistem -sistem di Hospital.

PIAGAM PELANGGAN
PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN

  • Menghantar laporan bulanan iaitu Hospital Monthly Report (HMR) kepada Unit Kejuruteraan JKN Perak.
  • Menghantar senarai projek yang dipohon oleh Ketua – ketua Unit kepada Unit Pembangunan Hospital dan JKN Perak setiap akhir bulan pada tahun tersebut.
  • Menghantar senarai projek Sinking Fund bagi menaiktaraf sistem – sistem kepada Unit Kejuruteraan JKN Perak setiap akhir bulan pada tahun tersebut.

googlemap1

HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Jalan Felda Lasah
31100 Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan

  05-5995000
   hsgsiput@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

004772
Today: 4
Total: 4,772

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 23 June 2025.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video