my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Teknologi Maklumat

Unit Teknologi Maklumat merupakan satu unit kecil yang ditubuhkan di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Sungai Siput dan mula beroperasi pada Oktober 2009. Unit ini terdiri daripada seorang Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F44 yang ditugaskan untuk menjaga hal-hal yang berkaitan dengan Sistem KKM, peralatan ICT, khidmat nasihat ICT dan membantu dari segi teknikal berkenaan dengan ICT dan Teknologi Maklumat. Lokasi Unit Teknologi Maklumat terletak di Pejabat Pengurusan Hospital Sungai Siput.

VISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

MISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :
i) Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :

  • Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
  • Menghargai kesihatan sebagai asset paling berharga
  • Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatanMereka

ii) Untuk memastikan system kesihatan berkualiti tinggi iaitu :

  • Mengutamakan pelanggan
  • Saksama
  • Tidak membebankan
  • Cekap
  • Wajar mengikut teknologi
  • Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
  • Inovatif

iii) Dengan menekankan :

  • Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
  • Sifat menghormati maruah insan
  • Penglibatan masyarakat

VISI HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap, efisyen dan berkualiti.

MISI HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, komprehensif, selamat dengan semangat berpasukan dan profesionalisme.

OBJEKTIF HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkualiti berteraskan elemen-elemen budaya korporat supaya setiap individu mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkan menjalani kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.

VISI UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
Warga Yang Prihatin Akan Menjadi Warga Yang Bermaklumat

OBJEKTIF UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
Memastikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkualiti dan berterusan dalam urusan pengurusan dan pentadbiran Hospital Sungai Siput.

SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT

  • Menyelaras dan menguatkuasa polisi keselamatan ICT KKM serta didokumentasikan dengan baik di Hospital Sungai Siput agar semua staf memahami Polisi Keselamatan ICT KKM.
  • Memantau pengoperasian Sistem Maklumat Aplikasi Teras / Aplikasi Generik yang digunakan di Hospital Sungai Siput agar berfungsi dengan baik.
  • Mentadbir penggunaan Emel MyGovUC di Hospital Sungai Siput agar penggunaan email rasmi jabatan dapat digunakan dengan baik dan berkesan.
  • Membangunkan Laman Web Rasmi Hospital Sungai Siput untuk memberi kemudahan kepada staf dan orang awam mengakses maklumat berkaitan dengan Hospital Sungai Siput.
  • Memantau dan menyelenggara rangkaian internet di Hospital Sungai Siput agar berfungsi dengan baik.
  • Mentadbir urus keperluan perolehan perkakasan, perisian ICT dan rangkaian internet di Hospital Sungai Siput serta membuat permohonan peruntukan kepada pihak yang berkenaan untuk membolehkan pengguna mendapat perkakasan, perisian ICT dan rangkaian internet daripada KKM.
  • Menyelaras aktiviti pemasangan, pengujian dan pentauliahan, perisian dan perkakasan ICT di Hospital Sungai Siput agar berfungsi dengan baik.
  • Menguruskan dan melaksana aktiviti installasi perisian dan penyelenggaraan perkakasan ICT di Hospital Sungai Siput agar beroperasi dengan baik.
  • Merancang, menyelaras dan melaksana kursus, taklimat serta latihan pembudayaan ICT di Hospital Sungai Siput supaya pendedahan mengenai ICT dapat disalurkan kepada semua staf.
  • Memberikan khidmat nasihat dan sokongan teknikal ICT serta menyelaras aduan berkenaan ICT di Hospital Sungai Siput agar semua masalah ICT dapat diselesaikan dengan berkesan.
  • Membangun persembahan multimedia seperti iklan, flyers, banner, bunting, slaid multimedia serta video interaktif agar program yang dijalankan di Hospital Sungai Siput berjalan lancar.

googlemap1

HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Jalan Felda Lasah
31100 Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan

  05-5995000
   hsgsiput@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

004772
Today: 4
Total: 4,772

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 23 June 2025.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video