Klinik Pakar Hospital Sungai Siput mula beroperasi pada bulan Mac 1999. Sebelum Klinik Pakar beroperasi tempat tersebut asalnya ialah ‘Special Care Neonate’ dan diubahsuai menjadi Klinik Pakar.
VISI
Negara mengembeling tenaga kearah kesihatan yang baik
MISI
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama- sama untuk memudahkan dan membolehkan rakyat: • Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan. • Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga. • Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka.
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan diagnosa dan pencegahan penyakit dengan tepat, efektif, cekap dan selesa untuk pesakit mengikut keperluan Klinik Pakar dan rawatan.
SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT
Memberi perkhidmatan diagnosa dan pencegahan penyakit untuk pesakit Klinik Pakar.
Memberi perkhidmatan kaunseling.
Klinik Pakar beroperasi waktu pejabat dan mengikut jadual berkala.
Jadual Klinik Pakar dan Pakar Lawatan
STRUKTUR DAN KEMUDAHAN FASILITI
KAUNTER PENDAFTARAN
a) Mendaftar semua pesakit dan mengutip bayaran rawatan pesakit yang hadir ke Klinik Pakar mengikut Akta Fee 1982.
b) Lawatan kali pertama tiada kena bayaran
c) Lawatan seterusnya bayaran RM 5.00 akan dikenakan untuk setiap kali lawatan, manakala pesakit yang berumur 60 tahun ke atas tidak di kenakan sebarang bayaran.
d) Klinik Pakar dikendalikan oleh Pakar Lawatan mengikut disiplin yang telah ditetapkan. Beliau akan dibantu oleh Pegawai Perubatan Hospital Sungai Siput dan juga Jururawat Terlatih yang bertanggungjawab mengendalikan klinik.
KAUNTER PENDAFTARAN
a) Terdapat 2 buah bilik rawatan untuk menjalankan prosedur dan memberi privasi kepada pesakit semasa klinik berjalan.
b)Terdapat 1 bilik Opthalmologi disediakan lengkap dengan peralatan pemeriksaan mata dan perkara berkaitan.
c) Bilik Ketua Jururawat digunakan oleh Ketua Unit Klinik Pakar membuat tugasan harian dan menyimpanan dokumen sulit dan peti besi.
d) Bilik anggota digunakan untuk anggota berehat dan menjamu selera.
e) Bilik Persidangan digunakan untuk perbincangan, mesyuarat serta mengajar pelatih-pelatih yang hadir ke Klinik Pakar
AKTIVITI SEBELUM KLINIK DIJALANKAN
a) BHT pesakit dikenalpasti dan diambil di Unit Rekod sebelum klinik.
b) Sertakan semua penyiasatan yang diarahkan oleh doktor atau pakar seperti ujian makmal dan xray.
AKTIVITI SEMASA KLINIK DIJALANKAN
a) Pendaftaran pesakit dibuat dan meminta pesakit menunggu.
b) Pemeriksaan Vital Sign/ Antopometri akan dijalan ke atas pesakit.
PEMERIKSAAN
a) Doktor akan memeriksa pesakit dan dibantu oleh jururawat yang bertugas.
b) Tarikh pemeriksaan akan datang akan diberikan kepada pesakit beserta slip ubat dan ujian makmal sekiranya ada selepas pesakit berjumpa doktor.
SELEPAS SESI KLINIK
a) Jururawat yang bertugas akan memastikan nama pesakit dimasukkan ke dalam buku lawatan.
b) Borang-borang berkaitan seperti ECHO, Utrasound dan Xray mengikut arahan.