my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Radiologi

Unit Radiologi  ini terletak bersebelahan dengan Unit Kecemasan dan Unit Pesakit Luar.Unit ini memberikan perkhidmatan radiologi kepada pesakit – pesakit daripada Hospital Sungai Siput dan klinik – klinik kerajaan sekitar Sungai Siput (U).   Waktu perkhidmatan adalah seperti berikut:

Isnin – Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang, selepas 5.00 petang (‘On-call’)
Sabtu / Ahad / Cuti Umum - (‘On-call’) 

OBJEKTIF

   1. Memberi perkhidmatan pengimejan tanpa mengira latar belakang agama,bangsa atau taraf sosio- ekonomi

   2. Memberi jaminan keselamatan radiasi yang rendah dan optima kepada pelanggan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan pengimejan berlandaskan

  • Akta Tenaga Atom 1984 (Akta 304)
  • Akta Tenaga Atom 1984 (Akta 304) : Radiation Protection (licensing) Regulation 1986
  • Akta Tenaga Atom 1984 (Akta 304) : Atomic Energy Licensing(Basic Safety Radiation Protection) Regulation 2010

FUNGSI UTAMA UNIT RADIOLOGI

  1. Pemeriksaan radiografi
  2. Perkhidmatan laporan Pakar Radiologi
  3. Perkhidmatan mendapat tarikh temujanji bagi pemeriksaan radiologi khas di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ipoh.

4 AKTIVITI BAGI FUNGSI UTAMA

 Fungsi 1 : Pemeriksaan Radiografi

Aktiviti 1 : Pemeriksaan radiografi Am

Aktiviti 2 : Pemeriksaan radiografi mudah-alih (‘Mobile’) di wad-wad, unit kecemasan dan unit  forensik.

Fungsi 2 : Perkhidmatan laporan Pakar Radiologi

 Aktiviti 3 : Mendapatkan laporan Pakar Radiologi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ipoh.

Fungsi 3 : Perkhidmatan Temujanji Pemeriksaan Radiologi Khas

 Aktiviti 4 : Mendapatkan tarikh temujanji untuk pemeriksaan radiologi khas di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Ipoh.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memberi layanan yang memuaskan dan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tanpa mengira umur,jantina,keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi.
  1. Memastikan semua pelanggan mendapat perlindungan sinaran X-ray yang sewajarnya dan tahap radiasi yang optimum.
  1. Memastikan setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan unit ini.

googlemap1

HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Jalan Felda Lasah
31100 Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan

  05-5995000
   hsgsiput@moh.gov.my

Web Display

For better experience please use: 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
with resolution 1366 x 768

Mobile Web

Image

Total Visitors

004772
Today: 4
Total: 4,772

Latest Update

  • Tarikh kemaskini: 23 June 2025.

SITEMAP   |   DISCLAIMER   |   PRIVACY POLICY   |   SECURITY POLICY   |   FAQs   |   SUPPORT

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video