Unit Penolong Pegawai Perubatan merupakan Unit yang bertanggungjawab kepada penyeliaan dan pemantauan semua aktiviti perkhidmatan melibatkan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Sungai Siput. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 yang bertindak sebagai Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Hospital dengan dibantu oleh 3 orang Penolong Pegawai Perubatan U32.
VISI
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang baik.
MISI
1) Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :
Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :
- Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- Menghargai kesihatan sebagai asset paling berharga
- Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
2) Untuk memastikan system kesihatan berkualiti tinggi iaitu :
- Mengutamakan pelanggan
- Saksama
- Tidak membebankan
- Cekap
- Wajar mengikut teknologi
- Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- Inovatif
3) Dengan menekankan :
- Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- Sifat menghormati maruah insan
- Penglibatan masyarakat
OBJEKTIF
- Memastikan perlaksanaan polisi dan dasar Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Memastikan pengawalan amalan klinikal dan penguatkuasaan Akta Perubatan, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977, Akta 180.
- Memastikan pematuhan kepada Kod Etika Pembantu Perubatan dan Peraturan –peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
- Bertanggungjawab dalam pengurusan dan hal ehwal, kebajikan, sumber tenaga dan perkembangan kerjaya Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
- Memastikan pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan, Pembelajaran Perubatan Berterusan (CME) dan Perkembangan Profesional Berterusan (CPD) untuk anggota dibawah jagaan.
- Memastikan pengurusan Peningkatan Kualiti Menyeluruh dan Berterusan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
MATLAMAT
Memastikan pengurusan penempatan, latihan, sumber tenaga dan agenda perkembangan profesion Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan dengan efektif setiap masa.
SKOP PERKHIDMATAN
Menyedia, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti Unit di mana terdapatnya penempatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan seperti berikut:-
1. Unit Penolong Pegawai Perubatan
2. Unit Kecemasan & Trauma
3. Unit Pesakit Luar
4. Unit Forensik
5. Klinik Pakar
6. Unit Hemodialisis
7. Wad Kenanga 1
8. Wad Kenanga 2
9. Wad Melor
10. Wad Kenanga 3
11. Unit Fisioterapi / Cara Kerja
12. Unit Patologi Dan Tabung Darah
13. Unit Radiologi
14. Dewan Bedah / CSSU
15. Unit Porter