Dewan Bedah Hospital Sungai Siput mengendalikan pembedahan mengikut disiplin dari jadual yang telah ditetapkan pada waktu pejabat. Satu networking antara Pakar–pakar dari Hospital Sungai Siput dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh diadakan pada Februari 1999 untuk melakukan pembedahan sebulan sekali. Kes-kes saperti “lumps & bumps”, hernioplasty dan fibroadenoma excision telah dipersetujui untuk dilakukan. Kes-kes henioplasty dan fibroadenoma excision dilakukan ‘under general anesthesia’ and ‘lumps’ dan ‘bumps’ under local anesthesia. Pembedahan telah dimulakan pada April 1999 dengan perkhidmatan pembedahan surgikal,obstetrik dan ‘endoscope’. Untuk mempertingkatkan perkhidmatan pembedahan di Hospital Sungai Siput, satu networking telah dimulakan dengan pakar-pakar dari Kolej Perubatan Diraja Perak (RMCP) untuk memulakan pembedahan surgeri pada setiap hari selasa. Dewan Bedah beroperasi waktu pejabat, pembedahan surgikal seminggu sekali.
LOKASI
Hospital Sungai Siput mempunyai satu bilik Dewan Bedah bertempat disebelah Makmal dan bersambung ke CSSU di belakang dan berhadapan dengan Klinik Pakar. Dewan Bedah Hospital Sungai Siput mempunyai hanya satu Bilik Bedah yang lengkap dengan ‘scrub room’ dan ‘sluice room’. Selain daripada itu terdapat ’Recovery room’ yang boleh menampong 3 pesakit serentak, ‘induction room’, bilik Ketua Jururawat, bilik rehat anggota, setor penyimpanan peralatan ‘sterile’, setor penyimpanan barang pakai buang dan bilik UPS.
VISI
Memberi perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan efisen.
MISI
Menyediakan perkhidmatan pembedahan elektif yang terbaik ,cekap, berkesan serta berkualiti memenuhi kepuasan dan mengatasi segala masalah yang sedia ada melalui kerja berpasukan, keperihatinan dan professionalism bagi meningkatkan kualiti kesihatan kepada pelanggan.
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan cekap, berkualiti, efisen dan berkesan pada pesakit yang melalui pembedahan elektif dan untuk mengurangkan kesakitan,,mencapai pemulihan yang awal dan maksima.
PIAGAM PELANGGAN
Setiap pelangan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
Setiap pelanggan akan dijaga keselesaan, keselamatan, kepentingan, kerahsiaan
Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur pembedahan atau pembiusan termasuk risikonya
Setiap pelanggan akan dilayan secepat yang mungkin secara saksama
Setiap pelanggan akan dikawal dengan rapi semasa pembedahan yang dijalankan dan juga semasa pemulihan daripada pembedahan atau pembiusan sehingga pelanggan dibenarkan kembali ke wad masing-masing.
Saudara mara akan diberi maklumat tentang jenis pembedahan atau pembiusan dan juga maklumat yang diperlukan dari masa ke semasa oleh Pegawai Perubatan yang merawat.
FUNGSI UTAMA UNIT DEWAN BEDAH, HOSPITAL SUNGAI SIPUT
- Pengendalian Pesakit untuk menjalani Pembedahan'
- Pengendalian Peralatan Sterile
4 AKTIVITI BAGI FUNGSI UTAMA UNIT DEWAN BEDAH
Aktiviti 1: Proses Kerja Penerimaan Pesakit untuk Pembedahan di ‘Air Lock’
Aktiviti 2: Proses Kerja Pengendalian Pesakit Semasa Pembedahan dalam bilik bedah (OR).
Aktiviti 3: Proses kerja pengendalian pesakit selepas pembedahan dibilik Pemulihan (Recovery Room)
Aktiviti 4: Proses kerja pengendalian peralatan sterile (TSSU).
PROGRAM HOSPITAL KLUSTER
- Pada 14 Februari 2017 Hospital Sungai Siput telah mendapat pinjaman ‘Opthalmology Microscopic’ dari Hospital Slim River .T&C dan ‘User traning’ kepada semua anggota Dewan Bedah Hospital Sungai Siput telah dilakukan pada hari yang sama.
- Mulai bulan Februari 2017 iaitu pada 16 Februari 2017 Dewan Bedah Hospital Sungai Siput buat kali pertama telah melakukan Pembedahan Mata iaitu Pterygium di bawah Projek Hospital Kluster di antara Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dan Hospital Sungai Siput.