Unit Farmasi dan Bekalan merupakan salah satu unit sokongan klinikal yang ditubuhkan bersama penubuhan Hospital Sungai Siput pada tahun 1995. Unit ini terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Pesakit Dalam, dan Farmasi Logistik.
Unit Farmasi dan Bekalan mempunyai kekuatan anggota seramai 36 orang dengan diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Farmasi UF54 dan dibantu 35 orang anggota yang terdiri dari pelbagai kategori jawatan:
- 11 Pegawai Farmasi UF41/44/48/52/54;
- 7 Pegawai Farmasi Kontrak UF44/41;
- 3 Pegawai Farmasi Provisonal UF41;
- 1 Penolong Pegawai Farmasi U32;
- 6 Penolong Pegawai Farmasi U32(TBK)/29;
- 2 Pembantu Tadbir N22(TBK1)/19;
- 1 Pembantu Awam H14;
- 3 Pembantu Awam H11; dan
- 1 Pembantu Operasi N11
- Farmasi Pesakit Luar diketuai oleh seorang Pegawai Farmasi UF54 dan dibantu oleh 4 orang Pegawai Farmasi UF41/44/48, 4 orang Penolong Pegawai Farmasi U32(TBK)/29 serta 2 orang Pembantu Awam H11;
- Farmasi Pesakit Dalam terdiri daripada Farmasi Bekalan Wad, Farmasi Pengeluaran dan Farmasi Wad. Farmasi Bekalan Wad diketuai oleh seorang Pegawai Farmasi UF52 dan dibantu oleh seorang Pegawai Farmasi UF44 dan seorang Penolong Pegawai Farmasi U32(TBK)/29. Farmasi Pengeluaran pula diuruskan oleh seorang Penolong Pegawai Farmasi U32(TBK)/29 manakala Farmasi Wad diketuai oleh seorang Pegawai Farmasi UF52 dan dibantu oleh seorang Pegawai Farmasi UF44 yang masing-masing bertugas di wad perubatan perempuan dan lelaki;
- Terdapat seorang Penolong Pegawai Farmasi U32 sebagai penyelia bagi keenam-enam Penolong Pegawai Farmasi U32(TBK)/29 di Hospital Sungai Siput;
Farmasi Logistik diketuai oleh seorang Pegawai Farmasi U48 dan dibantu oleh seorang Pegawai Farmasi UF48, 2 orang Pembantu Tadbir N22(TBK1)/19, 2 orang Pembantu Awam H14/11 dan seorang Pembantu Operasi N11. - Fungsi utama Unit Farmasi dan Bekalan adalah untuk membekalkan produk termasuk ubat-ubatan dan alat perubatan pakai buang (’disposables’) & guna habis (‘consumables’) yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada semua pesakit serta menggalakkan penggunaan ubat-ubatan secara rasional bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dengan berlandaskan Dasar Ubat Nasional.
VISI
Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap, efisyen dan berkualiti.
MISI
Memberi perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, komprehensif, selamat dengan semangat berpasukan dan profesionalisme.
OBJEKTIF
- Untuk memastikan penggunaan ubat-ubatan adalah berkualiti, selamat dan berkesan di Hospital Sungai Siput dengan menggalakkan penggunaan ubat berdasarkan bukti dan memberi terapi yang berkeberkesanan kos (‘cost-effective’) serta membekalkan maklumat ubat-ubatan yang berdasarkan bukti.
- Menguruskan perolehan dan stok secara bersih, cekap, amanah, berkesan dan paling ekonomi tanpa menjejaskan kualiti ubat dan bukan ubat dengan mematuhi prosedur kewangan dan perolehan kerajaan. Memastikan stok sentiasa ada dan tidak berlebihan serta memenuhi kehendak pelanggan.
SKOP PERKHIDMATAN / FUNGSI UTAMA UNIT
FARMASI PESAKIT LUAR
SKOP PERKHIDMATAN
Unit Farmasi Pesakit Luar bertanggungjawab untuk membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit luar di Hospital Sungai Siput. Ia merupakan Farmasi Ambulatori yang memberikan perkhidmatan farmasi yang komprehensif kepada pelanggan yang mendapat rawatan sebagai pesakit luar. Farmasi Pesakit Luar Hospital Sungai Siput komited dalam memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang berkesan, selamat dan berkualiti dalam pelbagai bidang farmakoterapi seperti Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC), Kaunseling Ubat-ubatan dan Rawatan Terapi Gantian (RTG) Methadone di samping mendipens ubat-ubatan kepada pesakit. Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) turut disediakan sebagai kemudahan pesakit mengambil ubat.
FUNGSI UTAMA
- Pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit luar
- Pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit luar
- Pembekalan ubat-ubatan psikotropik kepada pesakit luar/dalam mengikut preskripsi
- Pendispensan ubat-ubatan secara SPUB (Sistem Pendispensan Ubat-ubatan Bersepadu)
- Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Service - VAS)
- Pengeluaran dan pembungkusan semula ubat-ubatan
- Perkhidmatan kaunseling mengenai ubat-ubatan kepada pesakit luar
- Perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit luar
- Perkhidmatan farmasi penjagaan ambulatori
- Pendispensan terapi gantian sirap methadone
- Perkhidmatan MTAC
- Farmakoterapi Berhenti Merokok
- Pengurusan stok ubat dan bukan ubat di substor unit farmasi
- Pemesanan, penerimaan dan penyimpanan stok ubat dan bukan ubat dari Farmasi Logisitk
- Pengeluaran stok dari substor
- Pengendalian Ubat Hampir Tarikh Luput/ Lambat Bergerak
- Pelupusan stok
- Pemeriksaan dan pengawalan stok ubat dan bukan ubat di substor unit farmasi
- Pengendalian Aduan Produk dan Panggil Balik Produk
- Perkhidmatan membekalkan maklumat ubat-ubatan
- Membekalkan maklumat ubat-ubatan yang bebas dan berdasarkan bukti kepada pengamal penjagaan kesihatan, pesakit dan orang awam
- Pemantauan berterusan terhadap kualiti dan keselamatan produk ubat-ubatan
- Pelaporan kejadian Adverse Drug Reaction (ADR)
- Pelaporan kejadian Medication Error (ME)
- Pelaporan kejadian Adverse Events Following Immunization (AEFI)
FARMASI PESAKIT DALAM
SKOP PERKHIDMATAN
Unit Farmasi Pesakit Dalam terdiri daripada Farmasi Bekalan Wad, Farmasi Pengeluaran dan Farmasi Wad. Bahagian ini bertanggungjawab untuk membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit dalam di Hospital Sungai Siput. Ia memberikan perkhidmatan farmasi yang komprehensif kepada pelanggan yang mendapat rawatan sebagai pesakit dalam. Selain itu, bahagian ini turut komited dalam memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang berkesan, selamat dan berkualiti dalam pelbagai bidang farmakoterapi seperti melakukan Case Clerking dan Medication History Assessment (MHA),serta kaunseling ubat-ubatan (pesakit dalam dan pesakit discaj) di samping membekalkan ubat-ubatan.
FUNGSI UTAMA
Pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit dalam serta unit/ wad
- Pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit dalam wad secara Sistem Unit Dose.
- Pembekalan ubat-ubatan Floor Stock, After Office Hours atau/ dan Emergency Trolley kepada unit/ wad di hospital.
- Pembekalan ubat-ubatan psikotropik kepada unit/ wad di hospital.
- Penyediaan ubat-ubatan secara bukan steril (galenikal dan ekstemporanus)
- Perkhidmatan kaunseling mengenai ubat-ubatan kepada pesakit pesakit dalam
- Perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit dalam wad (Bedside Counselling).
- Perkhidmatan kaunseling kepada pesakit dalam wad yang akan discaj (Discharge Counselling).
- Perkhidmatan farmasi wad/ klinikal
- Menjalankan Medication History Assessment (MHA) terhadap pesakit dalam wad.
- Case clerking.
- Perkhidmatan klinikal dengan menyertai ward round.
- Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal (Clinical Pharmacokinetic Service)
- Pemantauan berterusan terhadap kualiti dan keselamatan produk ubat-ubatan
- Pelaporan kejadian Adverse Drug Reaction (ADR).
- Aktiviti Keselamatan Pengubatan dan Pelaporan kejadian Medication Error (ME).
- Pelaporan kejadian Adverse Events Following Immunization (AEFI)
- Pemeriksaan terhadap ubat-ubatan di unit/ wad hospital
- Menjalankan pemeriksaan terhadap ubat-ubatan yang disimpan di unit/ wad secara berkala.
FARMASI LOGISTIK
SKOP PERKHIDMATAN
Unit Farmasi Logistik berperanan dalam menguruskan perolehan dan bekalan stok kepada kesemua unit pengguna di Hospital Sungai Siput dengan berpandukan Arahan Perbendaharaan, Tatacara Pengurusan Stor serta Pekeliling Perolehan semasa. Bekalan stok yang diuruskan meliputi stok ubat-ubatan termasuk vaksin, bukan ubat (consumbles dan disposables) dan gas perubatan. Farmasi Logistik komited dalam membekalkan barangan yang selamat dan berkualiti dengan pematuhan kepada piagam pelanggan.
FUNGSI UTAMA
- Perolehan Stok
- Perolehan Secara ‘On-Line’ Dengan Syarikat Konsesi.
- Perolehan Secara Pembelian Terus
- Perolehan Secara Kontrak
- Perolehan Secara Sebutharga
- Perolehan Secara Pembelian Darurat
- Pengurusan Pembayaran
- Pengurusan Stok
- Penerimaan Barangan
- Penstoran/ Penyimpanan Barangan
- Pengeluaran Barangan
- Pengendalian Ubat Bertarikh Luput/ Lambat Bergerak
- Pelupusan Barangan
- Pemeriksaan dan Verifikasi Stok
PIAGAM PELANGGAN
PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
FARMASI PESAKIT LUAR
- Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
- Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.
FARMASI PESAKIT DALAM
- Memastikan pembekalan ubat ke wad/ unit bagi preskripsi/ pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 4 jam dalam waktu pejabat.
FARMASI LOGISTIK
- Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
- Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan lengkap diterima tidak melebihi 5 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.