ððððððð ðĐðĻðŠðē ðŧðķ ðšðŠðŊðķðķðģ - âðððĄððēð ðððŦððĐðð§ ððŪðð ðððŦððĪðâ
Di sebalik senyuman anak-anak ini, tersimpan kisah perjuangan mereka. Ada yang masih bertarung dengan penyakit, ada juga yang setia di sisi ibu dan ayah yang sedang menerima rawatan.
Bagi mereka, persiapan ke sekolah bukan sekadar membeli pakaian seragam serba baharu, namun ianya adalah sebuah langkah besar buat setiap ahli keluarga yang hadir pada hari ini.
Unit Kerja Sosial Perubatan, Hospital Taiping (UKSP, HTPG) dengan kerjasama Rotary Club of Taiping Lake åĪŠåđģæđæķ螊įĪū (RCTL) berjaya menganjurkan program serba ringkas penyerahan sumbangan pakaian seragam sekolah baharu kepada anak-anak ini.
YBrs. Dr Khuzaini bin Abd Karim, Pengarah HTPG turut menzahirkan penghargaan kepada YBrs. Encik Sam Tan, Presiden RCTL dan semua ahli kelab yang sudi menghulurkan sumbangan, pastinya ia membantu meringankan beban mereka.
Semoga langkah kecil ini menjadi sinar baharu buat masa hadapan para penerima ðĶū


