- Pengenalan
- Visi & Misi
- Piagam Pelanggan
- Carta Organisasi
- Perkhidmatan Yang Ditawarkan
- Laporan Perubatan
- Waktu Operasi
Unit Rekod Perubatan adalah merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal di hospital. Unit Rekod Perubatan dipertanggungjawabkan untuk mengurus rekod perubatan pesakit, pengurusan data dan statistik hospital. Bertangungjawab menguruskan proses laporan perubatan dan lembaga perubatan bagi pesakit yang menerima rawatan di hospital. Oleh yang demikian, kerjasama semua pihak amat perlu dalam segala urusan berkaitan dengan rekod pesakit seperti penyediaan, pengisian maklumat, penyusunan, penyimpanan, peminjaman dan penggunaan rekod. Pengurusan rekod yang sempurna akan dapat mengatasi masalah rekod rosak, tidak dapat dikesan, hilang dan sebagainya.
VISI
Memberi perkhidmatan maklumat kesihatan yang berkualiti, lengkap,berkesan dan cekap melalui penggunaan teknologi yang sesuai dan anggota rekod perubatan yang terlatih
MISI
Memberi perkhidmatan maklumat kesihatan dengan teknologi yang sesuai, cekap dan efektif berkonsepkan client focus dan memperkukuhkan smart partnerships di antara pesakit dan pembekal perkhidmatan (providers) ke arah mempertingkatkan perkhidmatan pengurusan maklumat pesakit
Sekurang-kurangnya 90% laporan perubatan perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Pengurusan Laporan Perubatan
- Perkhidmatan Kaunter
- Pemprosesan Laporan Perubatan Biasa/Pakar
- Pengurusan penubuhan Lembaga Perubatan/Lembaga Rayuan
- Pengurusan penubuhan Persidangan Jemaah Doktor PERKESO dan KWSP
Statistik
- Penyediaan laporan pesakit dalam, pesakit luar, perkhidmatan sokongan dan lain-lain laporan untuk HMIS
- Pengkodan penyakit/prosidur (ICD-10 Coding)
- Pengalisisaan Data
- Pengumpulan dan penyediaan laporan di bawah NIA dan HPIA.
Pengurusan Rekod Perubatan
- Penerimaan, penyemakkan, penyimpanan dan pengeluaran rekod perubatan pesakit.
- Pengawalan dan pengesanan pergerakkan rekod perubatan pesakit.
- Penjagaan keselamatan rekod perubatan pesakit.
- Pelupusan rekod perubatan.
Pesakit sendiri /Saudara terdekat / agen /peguam boleh memohon laporan perubatan dari Unit Rekod Perubatan, Tingkat 3, Blok Servis Klinikal atau menghantar secara bertulis. Pesakit sendiri / Saudara terdekat / agen / peguam mestilah membawa perkara seperti berikut :-
- Borang Pemohonan/Surat Pemohonan. (PER ML 103/Pind.07/12)
- Salinan kad temujanji klinik/ bil hospital / nota discaj.
- Salinan Kad Pengenalan pesakit
- Borang Insurans / KWSP / PERKESO (Jika perlu)
- Surat Kebenaran pesakit yang diberikan oleh pesakit ( diperlukan untuk agen, pesakit sendiri / saudara terdekat).
Tempoh untuk menyiapkan laporan adalah dalam jangka masa 30 hari bekerja (tidak termasuk sabtu,ahad dan cuti umum)
PEMBAYARAN (Berdasarkan akta Fee)
JENIS LAPORAN | JUMLAH | |
1 | Insurans / laporan cadangan/ SOCSO / KWSP | RM 40.00 |
2 | Laporan Pakar Ringkas | RM 80.00 |
3 | Laporan Pakar Terperinci | RM 200-1000 |
* Warga asing bayaran sebanyak dua kali ganda
WAKTU OPERASI
Buka
Isnin - Khamis | 08.00 am - 05.00 pm |
Jumaat | 08.00 am - 12.15 pm |
Rehat
Isnin - Khamis Jumaat | 01.00pm – 02.00 pm 12.15 am - 02.45 pm |