Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Taiping merupakan sebuah jabatan sokongan klinikal yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian Kualiti, Pengurusan Penderma Darah dan Transfusi Klinikal. Jabatan ini merupakan salah satu jabatan berpakar dalam Hospital Taiping yang terletak di aras bawah, Bangunan Blok Servis Klinikal (CSB). Objektif utama jabatan ini adalah seperti berikut:
- Menjalankan aktiviti kutipan darah melalui sekumpulan penderma darah yang selamat.
- Mengekalkan kumpulan penderma darah yang selamat melalui pendermaan dari penderma darah tetap.
- Membekalkan darah dan komponen-komponen darah yang selamat, berkualiti dan mencukupi selari dengan amalan pengumpulan serta penstoran darah mengikut piawaian antarabangsa.
- Bekerjasama dengan Pegawai Perubatan Klinikal bagi memastikan pesakit menerima rawatan transfusi darah yang sesuai dengan diagnosis klinikal.
- Mewujudkan dan mengekalkan hubungan kerjasama antara hospital kluster melalui latihan dan pembangunan selaras dengan keperluan dalam bidang perubatan terkini.
Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Taiping memberikan perkhidmatan dalam bidang seperti berikut:
- Pengurusan Penderma Darah
- Transfusi Klinikal
- Bahagian Kualiti
Waktu operasi perkhidmatan bagi Jabatan Perubatan Transfusi adalah seperti berikut:
Waktu pejabat (Isnin – Jumaat) | Makmal Immunohematologi & Transfusi Klinikal | Tabung Darah |
8.00 pagi – 5.00 petang | 8.00 pagi – 4.30 petang | |
Selepas waktu pejabat | 5.00 petang – 8.00 pagi keesokan hari | TUTUP |
Hari minggu & cuti umum | 8.00 pagi – 8.00 pagi keesokan hari | Kempen derma darah bergerak di luar pejabat (mobile) |
Ketua Jabatan | Dr. Nurulraihan Binti Mohamed Zawawi |
No Telefon | 05-8204000 ext 5155 |
Lokasi | https://maps.app.goo.gl/rM5ytKNk87B72ryaA |
Alamat | Jabatan Perubatan Transfusi Aras bawah, Bangunan Blok Servis Klinikal (CSB) Hospital Taiping Jalan Taming Sari 34000 Taiping |