my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Pembedahan Am


Pakar bedah pertama di dalam rekod Hospital Taiping wujud sejak tahun 1955. Namun, Jabatan Pembedahan Hospital Taiping ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2001. Jabatan ini menyumbang 13.2% rawatan pesakit dalam dengan kapasiti 80 buah katil daripada jumlah keseluruhan 608 katil rasmi Hospital Taiping.

Selain itu, jabatan ini juga menjadi  pusat rujukan bagi hospital-hospital dan klinik-klinik di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia terutamanya di daerah bahagian utara negeri Perak seperti Parit Buntar, Gerik, Selama dan Kuala Kangsar. Tidak terkecuali rujukan yang datang dari klinik-klinik dan hospital-hospital swasta.

Selain rawatan pesakit dalam, jabatan ini juga menawarkan perkhidmatan klinik pakar pembedahan pesakit luar yang dikenali sebagai SOPD. Antara perkhidmatan lain yang diberikan adalah perkhidmatan rawatan harian seperti rawatan chemotherapy, endoscopy, pembedahan kecil bius setempat dan pembedahan kecil bius penuh.

Jabatan Pembedahan Hospital Taiping terus berkembang dengan fungsi kepakaran yang lebih besar dari semasa ke semasa apabila turut menawarkan perkhidmatan kepakaran pesakit luar seperti Klinik Lawatan Kepakaran Neuro-surgery, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Turut ditawarkan bersama rawatan pesakit luar melalui Klinik Lawatan Kepakaran Oncology dari Hospital Pulau Pinang dan Klinik Lawatan Kepakaran Pembedahan Kanak-Kanak dari Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar.

Bagi memberi perkhidmatan yang mesra pesakit, jabatan ini turut melakukan khidmat lawatan kepakaran secara susulan di hospital kluster daerah utara negeri Perak seperti  Hospital Parit Buntar, Hospital Selama, Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Gerik.

Jabatan Pembedahan Hospital Taiping juga menjadi lokasi pengajaran, pembelajaran dan latihan amali bagi pelatih Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat dan lain-lain dari universiti dan kolej latihan kerajaan mahupun swasta. Begitu juga perkara yang berkaitan dengan penyelidikan dan kajian bagi meningkatkan pengetahuan dan pengurusan dalam perkhidmatan kepada pesakit.

  • Rawatan Pesakit Dalam
  • Klinik Neurologi Surgical
  • Klinik  Pembedahan Kanak-kanak
  • Pembedahan Am Elektif Dan Kecemasan
  • Klinik Onkologi
  • Pembedahan Kecil (Minor OT)
  • Lawatan Pakar Ke Hospital Daerah
  • Klinik AVF
  • Rawatan Chemotherapy
  • Klinik Obesiti
  • Klinik Pesakit Luar (SOPD)
  • Klinik Palliatif
  • Klinik Jagaan Luka
  • Perkhidmatan Endoscopy

HARI

MASA

KLINIK

ISNIN

  8.00 PG- 1.00 PTG

  2.00 PTG- 5.00 PTG

KLINIK PESAKIT LUAR

KLINIK JAGAAN LUKA

SELASA

  8.00 PG- 1.00 PTG

  2.00 PTG- 5.00 PTG

KLINIK PESAKIT LUAR

KLINIK PALIATIF

RABU

  8.00 PG- 1.00 PTG

  2.00 PTG- 5.00 PTG  

KLINIK PESAKIT LUAR

FNAC BERSAMA JABATAN PATOLOGI   

KHAMIS

  8.00 PG- 1.00 PTG  

KLINIK PESAKIT LUAR

JUMAAT

  8.00 PG- 12.15 PTG

KLINIK NEUROLOGI / ONKOLOGI /
PEMBEDAHAN KANAK-KANAK.

Nama Ketua Jabatan

Dr. Umasangar Ramasamy

No. Ext

8034

E-mail

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Lokasi Jabatan

  Klinik Pakar Pembedahan, Tingkat 1, Bangunan Poliklinik Hospital Taiping.  

googlemap1

HOSPITAL TAIPING
Jalan Taming Sari
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

  05-8204000
   htaiping@moh.gov.my

Paparan Laman Web

Untuk pengalaman yang lebih baik sila gunakan:

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi 1366 x 768

Mobile Web

Image
Jumlah Pelawat
056075
Today: 23
Total: 56,075

Tarikh Kemaskini

  • 11 Mei 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video