my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Oftalmologi


Jabatan Oftalmologi yang terletak di tingkat satu Bangunan Poliklinik merupakan pusat rujukan perawatan mata bagi kawasan utara negeri Perak. Ini termasuk daerah Larut, Matang dan Selama serta Kerian. Selain itu perkhidmatan Jabatan Oftalmologi juga meliputi Daerah Kuala Kangsar, dan Daerah Hulu Perak, termasuk Kedah Selatan iaitu Selama Kedah, dan kawasan yang berdekatan.

Jabatan Oftalmologi sentiasa menyusun strategi dalam mempertingkatkan rawatan oftalmik pesakit dan menjadi nadi utama dalam penerimaan kes-kes perawatan mata termasuk kes-kes kecemasan bagi anggota yang bertugas di atas panggilan (on-call). Jabatan ini telah berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan dan juga memastikan aktiviti-aktiviti berlandaskan pelan strategi jabatan berjalan lancar sepanjang tahun.


  • Rawatan Pesakit Luar

 Rawatan pesakit luar mata dikendalikan pada setiap hari Selasa, Rabu dan Jumaat, manakala bagi kes-kes pemeriksaan sebelum pembedahan elektif diberi temu janji pada hari Isnin dan Khamis. Bagi kes ulangan temu janji diberi mengikut temu janji pada hari Selasa, Rabu dan Jumaat


  • Rawatan Kecemasan Mata

 Rawatan kecemasan pesakit mata diberikan setiap hari bekerja di klinik mata di mana seorang pegawai perubatan mata atas panggilan ditempatkan di sana. Pesakit yang membawa surat rujukan atau pesakit mata yang memerlukan rawatan segera akan dilihat secara terus oleh pegawai perubatan mata.

 Kes-kes kecemasan di luar waktu pejabat akan dirujuk terus kepada pegawai perubatan yang bertugas di atas panggilan (On-Call) oleh Pegawai yang bertugas di klinik kesihatan atau melalui Jabatan Kecemasan hospital-hospital berdekatan. 


  • Rawatan Pesakit Dalam

 Dikendalikan di wad D3 di mana pesakit dimasukkan untuk pembedahan dan rawatan selanjutnya.


  • Rawatan Pembedahan

 Rawatan pembedahan dilakukan secara elektif ataupun kecemasan mengikut jenis-jenis masalah mata. Ia juga boleh dilakukan secara bius setempat dan bius am. Pakar akan berbincang dengan pesakit berkenaan rawatan pembedahan yang terbaik untuk pesakit.

 Pembedahan elektif diadakan tiga kali seminggu iaitu setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis setiap minggu. Pembedahan elektif boleh dipilih untuk dijalankan secara rawatan pesakit dalaman atau kemasukan hari pembedahan (day surgery admission).


  • Rawatan Laser

 Jenis-jenis rawatan laser yang terdapat di jabatan ini termasuk Argon Laser dan YAG Laser.


  • Kes-kes Rujukan

 Semua kes mata yang dirujuk ke Hospital Taiping mesti disertakan dengan surat rujukan. Pada waktu pejabat semua kes rujukan akan dikendalikan oleh klinik Oftalmologi. Kes-kes yang dirujuk dari jabatan atau unit lain, klinik-klinik kesihatan atau klinik swasta akan disaring (triage) dan diberi rawatan atau temujanji mengikut keseriusan penyakit yang dihidapi pesakit.

 Kes-kes kecemasan yang hendak dirujuk perlu berbincang terlebih dahulu dengan pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan.


  • Perkhidmatan Optometri

 Perkhidmatan yang diberi adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan Optometri Am
  • Perkhidmatan Kanta Lekap
  • Perkhidmatan Penglihatan Binokular dan Ortoptik
  • Perkhidmatan Penglihatan Terhad
  • Perkhidmatan Optometri Terhad
  • Perkhidmatan Optometri Pediatrik
  • Perkhidmatan Diagnostik Khas


  • Lawatan Pakar ke Hospital Selama dan Parit Buntar

 Lawatan pakar dilakukan sekali sebulan di Hospital Selama dan Parit Buntar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.


  • Lawatan ke Klinik Kesihatan untuk Saringan Fundus Photo

 Lawatan ke Klinik Kesihatan Bagan Serai, Taiping, Kamunting serta Simpang sebulan sekali secara bergilir gilir dilakukan untuk saring fundus photo bagi diabetic retinopathy dijalankan oleh Pakar dan Pegawai Perubatan mengikut jadual.


 MASA / HARI 

 8.00 pagi - 1.00 petang

 2.00 petang - 5.00 petang

 ISNIN

  • Hari Pembedahan
  • Pemeriksaan Sebelum Pembedahan elektif
  • Kes-kes Kecemasan
  • Klinik Optometri
  • Hari Pembedahan
  • Pemeriksaan Sebelum Pembedahan elektif
  • Kes-kes Kecemasan
  • Klinik Optometri

 SELASA

  • Klinik Ulangan & Kes Baru
  • Kes-kes Kecemasan
  • Klinik Optometri
  • Klinik Ulangan & Kes Baru
  • Kes-kes Kecemasan
  • Klinik Optometri

 RABU

  • Hari Pembedahan
  • Klinik Ulangan & Kes Baru
  • Kes-kes Kecemasan
  • Klinik Optometri
  • Hari Pembedahan
  • Klinik Ulangan & Kes Baru
  • Kes-kes Kecemasan
  • Klinik Optometri

 KHAMIS

  • Hari Pembedahan
  • Pemeriksaan Sebelum Pembedahan elektif
  • Kes-kes Kecemasan
  • Klinik Optometri
  • Hari Pembedahan
  • Pemeriksaan Sebelum Pembedahan elektif
  • Kes-kes Kecemasan
  • Klinik Optometri

 JUMAAT 

  • Klinik Ulangan & Kes Baru
  • Kes-kes Kecemasan
  • Klinik Optometri
  • CME Jabatan
  • Kes-kes Kecemasan sahaja


 KETUA JABATAN

 Dr Ng Sok Lin

 NO TELEFON

 Samb: 8056

 ALAMAT / LOKASI

 (Link Google Map – Jika Ada)

 Klinik Oftalmologi, 

 Tingkat 1, Bangunan Poliklinik, 

 Hospital Taiping

 EMAIL

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.



googlemap1

HOSPITAL TAIPING
Jalan Taming Sari
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

  05-8204000
   htaiping@moh.gov.my

Paparan Laman Web

Untuk pengalaman yang lebih baik sila gunakan:

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi 1366 x 768

Mobile Web

Image
Jumlah Pelawat
Hari Ini: 75
Jumlah Keseluruhan: 29,302

Tarikh Kemaskini

  • 20 September 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video