PENGENALAN
Lokasi Unit Kawalan Infeksi terletak di Kolej Kejururawatan Taiping, di Dewan Darul Makmur di tingkat 1. Ditubuhkan pada Februari 1992. Dipengerusikan oleh pengarah hospital iaitu Dr Narimah Yusof dan dibantu oleh Dr Saiful Rijal selaku penyelaras Unit kawalan Infeksi.
Mempunyai 1 ketua Jururawat dan 3 ‘Infection Control Nurse’ yang mempunyai sub kepakaran dalam kawalan infeksi, yang bertugas sepenuh masa serta bertanggungjawab dalam kawalan penyakit ke atas 608 katil.
Mula beroperasi secara aktif pada tahun 2003 dengan dibantu oleh Jawantankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik (JKKIA) dan ‘Link Nurse’.
Memberi perkhidmatan kawalan jangkitan yang efektif dan efisyen didalam mencegah dan mengawal jangkitan hospital.
Memastikan setiap anggota hospital mengikut polisi dan prosedur (KKM).
Memastikan setiap anggota hospital menjalankan tugas tanpa memudaratkan diri dan yang lain dengan mematuhi garis panduan “Standard Precaution” untuk mencegah jangkitan.
Memastikan sistem surveilan dan notifikasi sentiasa dipatuhi.
Memberi pendidikan kesihatan kepada anggota kesihatan, pesakit dan orang ramai.
Meningkatkan mutu perkhidmatan kawalan jangkitan dengan memberi kesedaran, pengetahuan dan latihan berterusan berkaitan kawalan jangkitan hospital kepada semua anggota hospital dan sokongan swasta.
VISI
Penjagaan kesihatan yang berkualiti tanpa infeksi.
MISI
Unit kawalan infeksi komited dalam mencapai kecermelangan dalam pencegahan dan kawalan infeksi melalui kepimpinan, kerja berpasukan, komunikasi berkesan, pendidikan berterusan dan pemantauan.
OBJEKTIF UMUM
Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pesakit,anggota hospital dan sokongan serta pelawat melalui pencegahan dan kawalan infeksi yang berkesan.
OBJEKTIF SPESIFIK
- Memberi perkhidmatan kawalan jangkitan yang efektif dan efisyen didalam mencegah dan mengawal jangkitan hospital.
- Memastikan setiap anggota hospital mengikut polisi dan prosedur (KKM)
- Memastikan setiap anggota hospital menjalankan tugas tanpa memudaratkan diri dan yang lain dengan mematuhi garispanduan Standard Precaution untuk mencegah jangkitan.
- Meningkatkan mutu perkhidmatan kawalan jangkitan dengan memberi kesedaran, pengetahuan dan latihan berterusan berkaitan kawalan jangkitan hospital kepada semua anggota hospital dan sokongan swasta.
Melaksanakan Surveilance jangkitan HCAI setiap hari
Melaksanakan Pemantauan pengamalan pencegahan infeksi
Melaksanakan penyiasatan dan menangani wabak infeksi
Melaksanakan pemantauan kes MRSA, MRO, ESBL DAN CRE (6 ALERT ORGANISM)
Melaksanakan pemberian ceramah kawalan infeksi
Melaksanakan Environmental Surveillance (Air Sampling)
Melaksanakan pengurusan tercucuk jarum dan peralatan tajam
Melaksanakan IN USE TEST untuk disinfektan
Membantu dalam aktiviti kesihatan anggota (pemberian vaksin Influenza)