my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Radiologi


Jabatan Radiologi Hospital Taiping mempunyai sejarah yang panjang bermula sebagai hospital pertama yang mempunyai alatan radiografi pada tahun 1896. Perkembangan pesat berlaku pada tahun 2015 apabila Jabatan Radiologi memberi perkhidmatan di bangunan baru Blok Perkhidmatan Klinikal (CSB).

OBJEKTIF

  1. Memastikan pesakit mendapat pemeriksaan yang selamat dan professional berdasarkan aplikasi perlindungan radiasi dan penjagaan pesakit.
  2. Untuk menyediakan satu garis panduan bagi perkhidmatan Radiologi pada tahap optimum melalui pengimejan dan penjagaan pesakit secara menyeluruh.
  3. Untuk memastikan Juru X-ray (Diagnostik) yang kompeten dari segi pengetahuan dan kemahiran teknikal dengan mengikuti program pembelajaran perkembangan dan Pendidikan perubatan berterusan.
  4. Menghasilkan imej yang mempunyai nilai diagnostik yang tinggi.

 PIAGAM PELANGGAN

  1. Perkhidmatan yang cekap, mesra dan adil akan diberi kepada setiap pelanggan.
  2. Kehormatan pesakit akan terpelihara semasa menjalani pemeriksaan X-ray di jabatan ini.
  3. Pendaftaran pesakit mengambil masa selama 10 minit.
  4. Pemeriksaan X-ray biasa sehingga siap mengambil masa selama 45 minit.
  5. Masa menunggu untuk pemeriksaan khas anggaran 30 hingga 60 minit.
  6. Masa menunggu untuk pemeriksaan ultrasound, CT scan dan MRI anggaran selama 30 hingga 90 minit.
  7. Masa menunggu untuk pemeriksaan mammogram adalah selama 45 minit.
  8. Laporan pemeriksaan khas untuk pesakit dalam disiapkan dalam masa 2 hari waktu bekerja manakala untuk pesakit luar dalam masa 2 minggu waktu bekerja.
  9. Kami akan memberi keterangan mengenai prosedur X-ray khas semasa tarikh temujanji diberi.
  10. Kami menjamin rahsia laporan radiologi setiap pesakit.
    (Masa-masa yang tercatat di atas adalah tertakluk kepada pindaan semasa doctor bercuti, mesin rosak ataupun peningkatan beban kerja di luar jangkaan.)


Radiografi Am (Pemeriksaan X-ray Biasa)

  • Dada
  • Rangka Kepala
  • Ekstrimiti atas dan bawah
  • Abdomen
  • Spina Vertebrata
  • Pelvis
  • Tinjauan Skeletal (Skeletal Survey)

Flouroskopi (Pemeriksaan X-ray berkontras)

  • Barium Swallow
  • Barium Meal
  • Barium Meal Follow Through
  • Barium Enema
  • MCU (Micturating Cystouthrography)
  • T-Tube Cholangiography
  • HSG (Hystrosalpingography)
  • Venography
  • Fistulograpy
  • Loopography
  • Sialography

Pemeriksaan Ultrasound

  • KUB (Kidney, Ureter, Bladder)
  • HBS (Hepatobiliary System)
  • Abdomen
  • Neck
  • Breast
  • Small parts (Thyroid)
  • Doppler
  • Procedure (Insertion of Nephrostomy Tube, Drainage, FNAC, hookwire under Ultrasound Guidance)

Pemeriksaan Radiografi mudahalih

  • Pemeriksaan dilakukan di wad-wad, bilik Mayat, Dewan Bedah dan Jabatan Kecemasan.

Pemeriksaan CT Scan

  • Pemeriksaan dilakukan berdasar system temujanji untuk kes-kes elektif
  • Perkhidmatan 24 jam bagi pemeriksaan kes-kes kecemasan yang memerlukan pemeriksaan CT Scan
  • Prosedur (Biopsy, Drainage, Insertion of Nephrostomy Tube)

Pemeriksaan Mammografi

  • Pemeriksaan dilakukan berdasarkan system temujanji untuk kes-kes elektif.
  • Procedure (Hookwire dan stereotactic biopsy)

MRI

  • Pemeriksaan dilakukan berdasarkan temujanji untuk kes-kes elektif

Laporan Pemeriksaan Khas dan Filem Radiograf

  • Laporan disediakan oleh Pegawai Perubatan Radiologi bersama Pakar Radiologi.
  • Laporan Filem Radiograf disediakan dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.
  • Laporan Pemeriksaan Khas untuk pesakit dalam disediakan dalam tempoh 2 hari waktu bekerja.
  • Laporan Pemeriksaan Khas untuk pesakit luar disediakan dalam tempoh 14 hari waktu bekerja. 


Jabatan Radiologi

Waktu Operasi
HariMasaNota

Radiologi Unit Pertama

Isnin - Jumaat

8.00 am - 5.00 pmPemeriksaan X-ray biasa sahaja


Isnin - Jumaat8.00 am - 5.00 pmPemeriksaan Mammogram, Ultrasound, CT-Scan, MRI dan Fluoroskopi
Isnin - JumaatSelepas waktu pejabatPemeriksaan kes-kes kecemasan sahaja
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
24 jamPemeriksaan kes-kes kecemasan sahaja

Radiologi (Poliklinik)

Isnin - Jumaat8.00 am - 5.00 pmPemeriksaan OPG dan CBCT


 
 








 



 
 








 

 


Ketua Jabatan       

DR ZARINA BINTI YAKOF

No Telefon

05-8204000 ext 5177

Lokasi.

https://maps.app.goo.gl/2nactGafCvLstS528

Alamat

Jabatan Radiologi Hospital Taiping
Jalan Taming Sari,
34000 Taiping
Perak Darul Ridzuan


 
 








 

carta radiologi 2025

googlemap1

HOSPITAL TAIPING
Jalan Taming Sari
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

  05-8204000
   htaiping@moh.gov.my

Paparan Laman Web

Untuk pengalaman yang lebih baik sila gunakan:

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi 1366 x 768

Mobile Web

Image
Jumlah Pelawat
055687
Today: 88
Total: 55,687

Tarikh Kemaskini

  • 11 Mei 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video