- Pengenalan
- Visi, Misi, Objektif dan Piagam Pelanggan
- Carta Organisasi
- Fungsi
- Farmasi Ambulatori
- Perkhidmatan Tambah Nilai
Perkhidmatan Farmasi merupakan salah satu komponen utama perkhidmatan sokongan klinikal di Hospital Taiping.
Berdasarkan konsep untuk menyediakan penjagaan farmaseutikal individu yang optimum kepada pesakit, Jabatan Farmasi akan memberi tumpuan kepada amalan klinikal farmasi.
Selain itu, fungsi perolehan dan pembekalan ubat-ubatan akan terus diberi perhatian kerana penggunaan ubat-ubatan yang rasional dan berkesan hanya boleh dilaksanakan dengan sistem pengurusan pembekalan ubat-ubatan yang cekap dan kos efektif.
- Memastikan akses yang berterusan terhadap ubat berkualiti, selamat dan kos efektif.
- Memperkukuhkan penggunaan ubat-ubatan yang berkualiti dan rasional ke arah kesihatan yang lebih baik
- Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan panduan dan amalan yang terbaik
Piagam Pelanggan Farmasi Pesakit Luar
Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
Piagam Pelanggan Farmasi Pesakit Dalam
Memastikan pembekalan ubat ke wad/unit bagi preskripsi yang lengkap diterima dalam tempoh masa 3 jam dalam waktu pejabat.
Piagam Pelanggan Farmasi Logistik
- Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 7 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
- Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 14 hari bekerja selepas bekalan di terima di Farmasi Logistik.

Seksyen Farmasi Ambulatori
- Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima.
- Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.
- Memastikan pesakit akan diberikan ubat-ubatan yang berkualiti, berkesan, selamat, lengkap dan berlabel serta diberikan penerangan yang jelas mengenai ubat-ubatan yang dibekalkan jika perlu.
- Memberi kaunseling kepada pesakit yang memerlukan untuk menambah pengetahuan pesakit dalam farmakoterapi dan meningkatkan kepatuhan pesakit terhadap pengubatan.
- Melaksanakan Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) untuk menambahbaik pengetahuan pesakit terhadap penyakit dan pengubatan.
- Melaksanakan Perkhidmatan Rawatan Terapi Gantian (RTG) Methadone selaras dengan Program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction).
- Memberikan informasi tentang ubat-ubatan kepada Pegawai Perubatan dan staff hospital jika perlu.
Seksyen Farmasi Pesakit Dalam
- Melaksanakan tadbir urus Farmasi Pesakit Dalam.
- Menyelaras aktiviti pembekalan ubat kepada wad dan unit (termasuk secara ‘Unit of Dose’).
- Melaksanakan ‘bedside dispensing’ yang juga merangkumi kaunseling ubat-ubatan.
- Melaksanakan pemantauan dan pengawalan pola penggunaan ubat-ubatan termasuk Ubat Terkawal, KPK dan Ubat Psikotropik/ Dadah Berbahaya.
- Melaksanakan pembekalan Ubat Psikotropik/ Dadah Berbahaya ke wad/ unit.
- Merancang dan memantau aktiviti keselamatan pengubatan.
- Melaksanakan pemeriksaan wad secara berkala.
- Menguruskan stok ubat & bukan ubat.
Seksyen Perkhidmatan Farmakoterapi
- Menjalankan tadbir urus unit farmasi wad & farmakokinetik klinikal.
- Menyedia, menyemak dan mengkaji laporan statistik berkaitan farmasi wad.
- Memberi penjagaan farmaseutikal kepada pesakit di wad.
- Memberi perkhidmatan farmakokinetik klinikal (CPS) termasuk merujuk permohonan Therapeutic Drug Monitoring (TDM) secara outsource, menerima permohanan TDM eksternal, penyediaan laporan TDM.
- Menjalankan aktiviti klinikal unit farmasi farmakokinetik klinikal.
Seksyen Farmasi Logistik
- Merancang penggunaan kewangan untuk perolehan bekalan ubat, bukan ubat, vaksin dan gas perubatan.
- Mengurus perolehan bekalan ubat, bukan ubat, vaksin dan gas perubatan melalui syarikat konsesi/ kontrak/ pembelian terus.
- Mengurus pembekalan ubat, bukan ubat, vaksin dan gas perubatan kepada unit pengguna di Hospital Taiping.
- Memantau kualiti ubat, vaksin serta bukan ubat yang dibeli dan dibekalkan kepada unit pengguna.
Seksyen Farmasi Pengeluaran
- Memberi perkhidmatan Parenteral Nutrisi (PN), termasuk merujuk sediaan yang sesuai ke HRPB, Ipoh; penyediaan sediaan PN dan ubat steril.
- Memberi perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (CDR), termasuk merujuk sediaan yang sesuai ke HRPB, Ipoh; penyediaan sediaan CDR.
- Menjalankan aktiviti klinikal Farmasi TPN & CDR.
- Menguruskan stok ubat & bukan ubat.
- Melaksanakan urusan berkaitan Farmasi Galenikal & Prabungkus termasuk penyediaan sediaan bukan steril/galenikal; kerja- kerja prabungkusan ubat – ubatan; serta pembekalan sediaan galenikal/ ubat - ubatan kepada unit pemesan.
Seksyen Sumber Maklumat Farmasi
- Melaksanakan dan menyelaras aktiviti perkhidmatan maklumat ubat.
- Mengurus dan menyelaras permohonan ubat-ubatan yang memerlukan kelulusan khas, permohonan dossier dan pengemaskinian formulari fasiliti
- Menyelaras pelaksanaan amalan keselamatan pengubatan.
- Membantu mengumpul dan membuat kompilasi laporan statistik
- Menyelaras sumber manusia di Jabatan Farmasi
- Membantu menyelaras pelaksanaan mesyuarat di peringkat unit dan jabatan.
- Memantau pelaksanaan kajian di peringkat jabatan.
Waktu Operasi Perkhidmatan Farmasi
No. | Unit | Waktu Operasi | |
Isnin - Jumaat | Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am | ||
1. | Farmasi Ambulatori | ||
a. | Farmasi Klinik Pakar | 8.00 am – 5.00 pm | Tutup |
b. | Farmasi 24 Jam | 5.00 pm – 8.00 am | 24 Jam |
c. | Farmasi Drive - Through | 8.30 am – 4.30 pm | Tutup |
d. | Farmasi Ortopedik | 8.30 am – 1.00 pm Jumaat: Tutup | Tutup |
e. | Farmasi Psikiatri | Selasa , Rabu & Khamis: 8.00 am – 1.00 pm Isnin & Jumaat: Tutup | Tutup |
| f. | Klinik Terapi Gantian Methadone | 7.30am – 12.30pm Jumaat: 7.30am – 11.30am | 7.30am – 11.30am |
| g. | Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) dan HMR | Mengikut Jadual Klinik | Tutup |
| 2. | Farmasi Pesakit Dalam | ||
| a. | Farmasi Bekalan Wad | 8.00 am – 1.00 pm 2.00 pm – 5.00 pm Jumaat: 8.00 am – 12.15 pm 2.45 pm – 5.00 pm | Tutup |
| b. | Farmasi Satelit (A & B) | 8.00 am – 2.00 pm | |



