my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Keselamatan

Memastikan keselamatan perlindungan terjamin sepanjang masa bagi mengelakkan pelanggaran keselamatan dengan memberi khidmat nasihat berkaitan sistem Kawalan Keselamatan Perlindungan dan Pengurusan Rahsia Rasmi Kerajaan berpandukan kepada peruntukan- peruntukan dalam Akta- akta berkaitan, Arahan Keselamatan, Arahan Tetap Sasaran Penting dan Surat- surat Pekeliling yang berkuatkuasa bagi dipatuhi, diambil tindakan pencegahan, pembetulan dan penambahbaikan secara berterusan.

 

Memberikan khidmat nasihat keselamatan perlindungan dan memastikan tugasan operasi yang ditetapkan oleh Pengarah Hospital Taiping berjalan lancar dan sempurna sepanjang masa.


 
 








 

OBJEKTIF AM 

Melaksanakan perkhidmatan keselamatan perlindungan secara profesional, cekap dan berkesan serta bertanggungjawab ke atas perancangan, pelaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi jabatan yang unggul, berhemah dan profesional. Kualiti untuk semua, Akauntabiliti bersama sebagai teras perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

KAMI BERJANJI AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI SEPERTI BERIKUT:

  • Memberikan khidmat nasihat berkaitan keselamatan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel kepada pelanggan dalam tempoh 1 hari bekerja selepas menerima pertanyaan;
  • Memberikan perkhidmatan sokongan kepada stakeholders dan pelanggan secara responsif, cepat dan berintegriti tidak lewat daripada 3 hari bekerja;
  • Menjalankan pemeriksaan terhadap sistem-sistem keselamatan perlindungan yang ada di Hospital Taiping yang meliputi sistem CCTV, Access Control System (ACS) dan Boomgate sekurang-kurangnya 2 minggu sekali;
  • Menjalankan pemeriksaan operasi bagi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Swasta (PKKS) sekurang-kurangnya 1 kali setiap seminggu;
  • Memproses permohonan Pas Keselamatan dan Kad Akses dalam tempoh 1 hari bekerja dari tempoh permohonan diterima;
  • Mengeluarkan surat penggilan mesyuarat 14 hari sebelum mesyuarat dijalankan;
  • Menyediakan dan mengeluarkan minit mesyuarat dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat;
  • Menyediakan dan mengeluarkan surat untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan perlindungan 14 hari sebelum pemeriksaan dijalankan;
  • Menyediakan dan mengeluarkan laporan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemeriksaan dijalankan.


PERKHIDMATAN TAMBAH NILAI

  • Membantu menjalankan tugas penyelarasan parkir khas jawatan dan parkir khas aktiviti/program dalam Hospital Taiping.
  • Membantu menjalankan tugas pemantauan kawalan lalu lintas/trafik di dalam kawasan hospital.
  • Menjalankan tugas pemantauan berkenaan pengurusan & prestasi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Swasta (PKKS), serta pemantauan pematuhan tender PKKS.
  • Membantu menjalankan penilaian teknikal terhadap tender PKKS peringkat Jabatan Kesihatan Negeri(JKN), Perak.
  • Membantu menjalankan siasatan berkaitan siasatan kehilangan aset
  • Membantu membangunkan dan memberi latihan kesedaran keselamatan perlindungan dan memastikan menghadiri kursus- kursus yang  ditetapkan;
  • Membantu menyedia, melaksanakan dan memastikan bagi memastikan bagi menjamin keberkesanan Pelan Kontegensi Keselamatan;

googlemap1

HOSPITAL TAIPING
Jalan Taming Sari
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

  05-8204000
   htaiping@moh.gov.my

Paparan Laman Web

Untuk pengalaman yang lebih baik sila gunakan:

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi 1366 x 768

Mobile Web

Image
Jumlah Pelawat
Hari Ini: 76
Jumlah Keseluruhan: 29,303

Tarikh Kemaskini

  • 20 September 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video