Jabatan Pediatrik di tubuhkan pada 1996. Berlokasi di tingkat satu, bangunan poliklinik Hospital Taiping. Menpunyai tiga bilik rawatan. Berkongsi klinik dengan Klinik Telinga Hidung dan Tekak (ENT). Kemudiannya pada tahun 2004 berpindah ke lokasi berhadapan Klinik ENT dan mempunyai lima bilik rawatan doktor sehingga sekarang.
Merupakan pusat rujukan kesihatan meliputi Hospital Gerik, Hospital Selama, Hospital Parit Buntar, Hospital Kuala Kangsar dan Klinik-klinik kesihatan berhampiran dalam Daerah Larut Matang dan Selama.
Jabatan Pediatrik Hospital Taiping merupakan sebuah jabatan yang memberi perkhidmatan perubatan kepada semua pesakit kanak-kanak. Perkhidmatan pesakit luar Klinik Pakar Pediatrik dijalankan setiap hari bermula seawal 7.30 pagi hingga 5 petang hari Isnin hingga Jumaat. Manakala, klinik khas seperti klinik Obesiti, SCAN, remaja serta klinik ID dijalankan pada waktu petang satu dan dua kali dalam sebulan.
Klinik subspesialiti termasuk Klinik Remaja, Klinik Dermatologi, Gastrologi, Neurologi, Respiratori, Neprologi dan Klinik Penyakit Berjangkit dijalankan bersama pakar-pakar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh setiap 2 hingga 3 bulan sekali. Di samping itu, lawatan Pakar ke Hospital Kuala Kangsar, Parit Buntar, Selama dan Gerik juga di lakukan untuk mempastikan pesakit sekitar mendapat perkhidmatan pakar.
Sementara itu rawatan susulan pesakit sediaada, menerima kes-kes walk-in untuk pesakit baru setiap hari juga di lakukan untuk sesetengah kes. Klinik pada hari jumaat lebih memfokuskan kepada kes-kes yang mempunyai masalah pembelajaran.
Bagi membantu proses kelancaran perjalanan klinik dan wad, Perkhidmatan rawatan harian diperluaskan khusus untuk melakukan prosedur
Jabatan Pediatrik memberi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:
- Pediatrik Am
- Perkhidmatan pesakit dalam
- Perkhidmatan pesakit luar
- Perkhidmatan lawatan pakar
- Neonatalogi
- Perkhidmatan pesakit dalam
- Perkhidmatan pesakit luar
- Perkhidmatan lawatan pakar
- Dermatologi
- Perkhidmatan pesakit dalam
- Perkhidmatan pesakit luar
- Perkhidmatan lawatan pakar
- Gastrologi
- Perkhidmatan pesakit dalam
- Perkhidmatan pesakit luar
- Perkhidmatan lawatan pakar
- Adolescent
- Perkhidmatan pesakit dalam
- Perkhidmatan pesakit luar
- Perkhidmatan lawatan pakar
- Neurologi
- Perkhidmatan pesakit dalam
- Perkhidmatan pesakit luar
- Perkhidmatan lawatan pakar
- Respiratori
- Perkhidmatan pesakit dalam
- Perkhidmatan pesakit luar
- Perkhidmatan lawatan pakar
- Infectious Disease
- Perkhidmatan pesakit dalam
- Perkhidmatan pesakit luar
- Perkhidmatan lawatan pakar
- Nefrologi
- Perkhidmatan pesakit dalam
- Perkhidmatan pesakit luar
- Perkhidmatan lawatan pakar
- Latihan praktikal untuk:
- Pegawai Perubatan Siswazah
- Kejururawatan
- Posbasik
- Perkhidmatan kluster pediatrik / lawatan pakar ke NLH
Minggu/ Hari | Minggu Pertama 8.00 Pg- 5.00 Ptg | Minggu Kedua 8.00 Pg- 5.00 Ptg | Minggu Ketiga 8.00 Pg- 5.00 Ptg | Minggu Keempat 8.00 Pg- 5.00 Ptg |
Isnin | Respiratori Dermato Kes Baru/ Kes Rujukan | Kardiologi Endokrin Gastro Klinik Obesiti | Respiratori Kes Baru/ Kes Rujukan | Kardiologi Endokrin Klinik Obesiti |
Selasa | Neurologi | Nefrologi Hematologi | Neurologi | Nefrologi Hematologi |
Rabu | General Paeds Scan | Infectious Disease Kes Baru/ Kes Rujukan | General Paeds Klinik Remaja | Infectious Disease Retroviral Disease |
Khamis | Growth & Development | Others/ Disability | Growth & Development | Others/ Disability |
Jumaat | Kes Baru Learning Difficulties General Clinic Klinik Haemophilia | Kes Baru Learning Difficulties General Clinic Kes Baru / Kes Rujukan General Clinic | Kes Baru Learning Difficulties General Clinic Kes Baru / Kes Rujukan General Clinic | Kes Baru Learning Difficulties General Clinic Kes Baru / Kes Rujukan General Clinic |
Ketua Jabatan :