Jabatan Perubatan menyediakan Perkhidmatan Perubatan Dalaman dan 13 sub-kepakaran yang berkaitan ( Nefrologi, Respiratori, Geriatrik, Rheumatologi, Hematologi Klinikal, Perubatan Dalaman Akut, Dermatologi, Penyakit Berjangkit, Kardiologi, Neurologi, Endokrinologi, Gastroenterologi dan Palliatif ). Jabatan ini merupakan jabatan klinikal terbesar di Hospital Taiping. Objektif Jabatan Perubatan adalah untuk penyampaian perkhidmatan perubatan yang holistik, berkualiti, berkesan, mesra pelanggan dan selamat sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.
Jabatan Perubatan menyediakan perkhidmatan Perubatan Dalaman dan 13 sub-kepakaran yang berkaitan iaitu:
- Pakar Residen
- Perubatan Nefrologi
- Perubatan Respiratori
- Perubatan Geriatrik
- Perubatan Rheumatologi
- Perubatan Hematologi Klinikal
- Perubatan Dalam Akut
- Perubatan Dermatolgi
- Perubatan Penyakit Berjangkit
- Pakar MelawatPerubatan Kardiologi
- Perubatan Kardiologi
- Perubatan Neurologi
- Perubatan Endokrinologi
- Perubatan Gastroenterologi
- Perubaran Palliatif
Rawatan pesakit dalam dan rawatan pesakit luar disediakan. Terdapat 4 lokasi klinik pakar iaitu
- MOPD 1 (berdekatan dengan farmasi utama hospital)
- MOPD 2 (berdekatan dengan kantin hospital)
- Klinik Dada (untuk penyakit respiratori)
- Klinik Nefrologi (untuk penyakit buah pinggang)
Untuk rawatan dalaman, Jabatan Perubatan mempunyai 239 katil iaitu kira-kira 37.23% daripada 642 katil rasmi di Hospital Taiping.
Untuk perkhidmatan diagnostik, Jabatan Perubatan menyediakan perkhidmatan:
- Makmal Jantung untuk perkhidmatan Ekokardiografi (dewasa & bayi/kanak-kanak), Stress test, Holter dan program pemulihan pesakit jantung.
- Makmal Respiratori untuk perkhidmatan Lung Function Test, Spirometry, Diagnostic Fibreoptic Bronchoscopy dan sleep study.
Jabatan Perubatan juga menjadi tempat latihan untuk doktor (Pelajar Perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah, Latihan Kepakaran (Sarjana Perubatan, Parallel Pathway untuk Perubatan Dalaman, Sarjana Perubatan Keluarga, Sarjana Perubatan Kecemasan), Latihan Subkepakaran untuk bidang-bidang bertentu), dan jururawat.
Jabatan Perubatan juga aktif dalam penglibatan kajian klinikal untuk memastikan rawatan terkini dan berasaskan bukti saintifik dapat disampaikan kepada pesakit-pesakit.
Hari Klinik | ISNIN | SELASA | RABU | KHAMIS | JUMAAT |
Perubatan Am | 0800 - 1700 | 0800 - 1700 | 0800 - 1700 | 0800 - 1700 | 0800 - 1200 |
Heart Failure | 1400 - 1700 | - | - | - | - |
Hematologi | - | 0800 - 1700 | 0800 - 1700 | 0800 -1700 | - |
Dermatologi | 0800 - 1700 | 0800 - 1700 | 0800 - 1700 | 0800 - 1700 | 0800 - 1700 |
Parkinson | - | - | - | 1400 -1630 | - |
Geriatric | 1400 - 1630 | - | 1400 – 1630 | - | - |
Bone Clinic | - | 1400 – 1630 | - | - | - |
Rheumatologi | - | 0800 - 1300 | 0800 - 1300 | 0800 - 1300 | - |
Penyakit Berjangkit | - | 0800 - 1300 | - | 0800 - 1300 | - |
Nama Ketua Jabatan | Dr Cheah Wee Kooi |
No. Ext | 8075 |
Lokasi Jabatan | Klinik Pakar Perubatan Hospital Taiping Jalan Taming Sari 34000 Taiping Perak |