Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Taiping memberi perkhidmatan untuk penduduk di daerah Larut, Matang Dan Selama. Pada masa yang sama, Hospital Taiping juga merupakan hospital rujukan kepada Hospital Kuala Kangsar, Hospital Parit Buntar dan Hospital Selama. Perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan merangkumi penjagaan wanita dan ibu-ibu hamil pada setiap peringkat prenatal, antenatal dan postnatal. Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan penentuan dan rawatan penyakit dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi. Jabatan ini juga terlibat dalam pendidikan perubatan Obstetrik dan Ginekologi untuk pesakit, waris pesakit dan kakitangan kesihatan.
Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi ditempatkan di Bangunan X. Wad Obstetrik dan Ginekologi berada di Blok C dan D manakala Pusat Penilaian Pesakit (PAC), Dewan Bersalin dan Dewan Bedah Bersalin (MOT) berada di bangunan CSB.
Jabatan ini menyediakan perkhidmatan rawatan dan pendidikan kesihatan dalam bidang kepakaran perbidanan dan sakit puan bagi pesakit luar dan pesakit dalam. bidang kepakaran yang disediakan termasuklah pemeriksaan dan rawatan ibu-ibu mengandung dan masalah berkaitan kelahiran, pemeriksaan dan rawatan wanita berkaitan masalah ginekologi, pemeriksaan dan rawatan ibu mengandung bersama pakar perubatan serta melakukan pembedahan kelahiran dan ginekologi.
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi merupakan tempat latihan perubatan dan separa perubatan untuk pusat pengajian tinggi awam dan swasta. Jabatan ini menerima penempatan pelatih klinikal dari Kementerian Kesihatan dan universiti swasta bagi pelajar perubatan, pegawai perubatan siswazah, jururawat terlatih dan jururawat pelatih.
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi memberi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut :
Pesakit luar :
- Perkhidmatan penjagaan dan rawatan Antenatal
- Perkhidmatan penjagaan dan rawatan Postnatal
- Perkhidmatan dan rawatan pesakit Ginekologi
- Perkhidmatan lawatan Pakar Gineonkologi
- Perkhidmatan combined clinic bersama Pakar Perubatan
- Perkhidmatan kaunseling Pre- Pregnancy
Pesakit dalam :
- Pusat Penilaian Pesakit (PAC)
- Wad Antenatal
- Wad Postnatal
- Wad Ginekologi
- Dewan Bersalin
- Dewan Bedah Bersalin
Lawatan pakar ke Hospital Kluster :
- Rawatan pesakit luar
- Rawatan pesakit dalam
Latihan praktikal untuk :
- Pegawai Perubatan Siswazah
- Kejururawatan
- Pelajar perubatan dari pusat pengajian tinggi awam dan swasta
HARI | MASA | KLINIK |
ISNIN | 8.00 am -1.00 pm 2.00 pm – 5.00 pm | Klinik Antenatal / Ginekologi Postnatal / Ginekologi |
SELASA | 8.00 am– 1.00 pm 2.00 pm– 5.00 pm | Klinik Antenatal / Ginekologi Postnatal / Ginekologi |
RABU | 8.00 am– 1.00 pm 2.00 pm– 5.00 pm | Klinik Antenatal / Ginekologi Combined Clinic |
KHAMIS | 8.00 am– 1.00 pm 2.00 pm– 5.00 pm | Klinik Antenatal / Ginekologi Postnatal / Ginekologi Pre Pregnancy Clinic (Minggu pertama dan ketiga sahaja) |
JUMAAT | 8.00 am- 12.15pm 2.45 pm– 5.00 pm | Saringan pra pembedahan, aktiviti pembelajaran dan terima panggilan untuk dapatkan temujanji dari luar. Perkhidmatan pesakit luar di luar jangka |
KETUA JABATAN : DR NG KEAT SIM
NO TELEFON : 05-820 4000 samb: 8040
ALAMAT LOKASI : KLINIK PAKAR O&G,
HOSPITAL TAIPING,
JALAN TAMING SARI,
34000, TAIPING, PERAK
EMAIL :


