Unit Kejururawatan merupakan perkhidmatan yang penting dalam organisasi Hospital Taiping. Unit ini bertanggungjawab melakukan penyeliaan terhadap semua kategori jururawat dari aspek perkhidmatan, latihan, kesihatan, sosial dan kebajikan.
Unit Kejururawatan menyediakan perkhidmatan penjagaan perawatan yang berkualiti kepada masyarakat samada sebagai pesakit dalam atau pesakit luar dengan selamat, berkesan, prihatin dan teratur serta selaras dengan perkhidmatan lain yang terdapat di hospital.
Unit ini diketuai oleh Ketua Penyelia Jururawat dan dibantu oleh Penyelia-Penyelia Jururawat yang menjaga pelbagai disiplin seperti Perubatan & Psikiatri, Pembedahan, Obstetrik & Ginekologi dan Pediatrik serta Sokongan Klinikal.
Pejabat Penyelia Jururawat terletak di Aras 1 Bangunan Poliklinik bersebelahan Klinik Oftalmologi 2.0 manakala Bilik Ketua Jururawat atas Panggilan berada di aras 5 blok C&D di belakang Wad D5.
Unit Kejururawatan memberi perkhidmatan yang merangkumi skop-skop seperti berikut :
2.1 Pentadbiran
- Memastikan penempatan dan menyelaras pengagihan (deployment) anggota jururawat yang sedia ada mencukupi dalam setiap unit untuk memberi perawatan yang holistik selari dengan kehendak semasa.
- Merancang perkembangan kerjaya, latihan dan meningkat tahap pengetahuan semua jururawat melalui pembelajaran berterusan yang dijalankan secara berkala untuk mencapai dan mengekalkan standard perkhidmatan kejururawatan yang berkualiti.
- Perancangan dan permohonan peruntukan sumber tenaga anggota Kejururawatan setiap unit mengikut norma pesakit untuk memberi perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan
- Memastikan operasi harian perkhidmatan kejururawatan lancar tanpa gangguan di setiap unit dengan :
- Bekalan linen, ubat-ubatan dan peralatan pakai buang yang mencukupi.
- Persekitaran yang kondusif dan selamat.
- Peralatan perubatan yang berfungsi dan selamat.
- Memberi keutamaan dan tanggungjawab untuk menyediakan penjagaan holistic melalui kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisme.
- Bekerja secara kolaboratif dengan ahli-ahli pasukan penjagaan kesihatan lain untuk meningkatkan kualiti penjagaan individu ke tahap yang optima dan berterusan.
- Menyelaras, merancang, melaksanakan dan memantau pengurusan sumber manusia dengan memastikan penempatan anggota kejururawatan di unit /wad merangkumi pelbagai perkhidmatan seperti Obstetrik & Ginekologi, Perubatan, Pediatrik, Pembedahan, Hemodialisis, Kecemasan & Trauma, Ortopedik, ORL, Anestesiologi, Pesakit Luar, Rawatan Harian, Psikiatrik dan Perkhidmatan Sokongan lain iaitu Unit Bekalan Bahan Steril (Central Steril Supply Unit), Unit Kawalan Infeksi dan Unit Kualiti.
- Menyediakan 24 jam penjagaan dan perawatan kejururawatan berpandukan jadual tugas tiga syif.
- Menyediakan jadual tugas atas panggilan setiap hari untuk Penyelia Jururawat dan Ketua Jururawat menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap kualiti perkhidmatan kejururawatan.
- Mewujudkan persekitaran tempat kerja dan perawatan yang selamat untuk pelanggan dan anggota.
- Menyelaras dan memantau penempatan pelatih IPTA, IPTS dan Latihan Sangkut dalam Bidang Klinikal Kejururawatan.
- Menyelaras, merancang, mengurus dan memantau aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Unit Kejururawatan untuk meningkatkan kompetensi anggota jururawat Hospital Taiping.
2.2 Kinikal
- Mengawal selia penjagaan perawatan yang diberikan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP), protokol dan garis panduan.
- Dokumentasi kejururawatan tepat dan jelas (SBARe) dengan proses kejururawatan, penilaian pesakit dan pengurusan kesakitan pesakit.
- Pematuhan anggota jururawat kepada polisi dan prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
- Perlaksanaan audit klinikal kejururawatan untuk memastikan kawalan mutu dan amalan kejururawatan mengikut piawaian yang ditetapkan.
- Meningkatkan hubungan terapeutik antara jururawat dan pesakit.
- Memberi pendidikan kesihatan dan perkongsian maklumat dengan pesakit.
Bertugas Shift
SHIFT | MASA BERTUGAS |
Shift Pagi | 7.00 pagi hingga 2.00 petang |
Shift petang | 2.00 petang hingga 9.00 malam |
Shift Malam | 9.00 malam hingga 7.30 pagi |
Bertugas Waktu Pejabat
HARI | PAGI | REHAT | PETANG |
Isnin – Khamis | 8.00pg – 1.00tgh | 1.00tgh – 2.00ptg | 2.00ptg – 5.00ptg |
Jumaat | 8.00pg – 12.15tgh | 12.15tgh – 2.45ptg | 2.45ptg – 5.00ptg |
Sabtu-Ahad /Cuti umum | TUTUP |
Ketua Penyelia Jururawat Hospital | Pn Hartini Binti Abd Rahim @ Abd Aziz |
No Telefon | 05-824000 Ext: 8247 |
Lokasi | Pejabat Penyelia Jururawat Tingkat 1, Bangunan Poliklinik, Hospital Taiping |