my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Anestesiologi

 

Jabatan Anestesiologi Dan Rawatan Rapi dan kini dikenali sebagai JABATAN ANESTESIOLOGI DAN RAWATAN KRITIKAL mengikut rujukan surat KKM.600-20/2/7 Jld 5 ( 13 ) bertarikh 2 November 2023. Jabatan ini diketuai oleh Dr Yew Cheng Hoe, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Gred Khas C (KUP) . Jabatan ini juga mempunyai 2 orang Pakar Perunding Anestesiologi Gred Khas C, 10 orang Pakar Bius, 29 orang Pegawai Perubatan, 6 orang Penolong Pegawai Perubatan, 178 orang Jururawat Terlatih, , dan 27 orang Pembantu Perawatan Kesihatan. 

Jabatan Anestesiologi Dan Rawatan Kritikal mempunyai rangkaian perkhidmatan yang terdiri daripada Dewan Bedah Am, Unit Rawatan Kritikal, Unit Hemodinamik (RHU), Klinik Anesthesia dan Klinik Pakar Rawatan Kesakitan.

 

 


Jabatan kami telah menyediakan Perkhidmatan Peri-Operatif secara menyuluruh seperti ;
  • Pengendalian Anestesia di Dewan Bedah Am `Anesthesia Inside Main Operation Theater’. Melaksanakan perkhidmatan anestesia untuk Kes Pembedahan Elektif dan Kecemasan dengan fasiliti berikut;
    • 1 Dewan Bedah Am (GOT) – mempunyai 7 bilik bedah.
    • 1 Dewan Bedah Bersalin (MOT) – 1 bilik bedah.
    • Perkhidmatan Daycare Anestesia.
  • Pengendalian Anestesia di Luar Lingkungan Dewan Bedah Utama “Non Operating Room Anaesthesa “(NORA)
    • Pengendalian Anesthesia untuk “Electroconvulsive Therapy” di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental.
    • Pengendalian Anesthesia untuk prosedur-prosedur yang dijalankan di Jabatan Radiologi dan Pengimejan Diagnostik.
  • Perkhidmatan Rawatan Kritikal kepada pesakit kritikal (ICU “Intensive Care Service”)
    • ICU CSB – 7 Katil dan 2 katil isolasi.
    • ICU C2 – 12 katil dan 2 katil isolasi.
Perkhidmatan Anestesia Subkepakaran (“Subspecialty Anaesthetic Services”) 
  •  “Pain Management Services” termasuk prosedur invasi perawatan kesakitan di dewan bedah.
Klinik pesakit luar yang disediakan Jabatan adalah seperti ;
  • Klinik Anestesia (Klinik Pakar Bius)
    • Klinik Penilaian Sebelum Pembedahan Pre – Anesthetic Clinic
    • Klinik Anestesia (Bius) untuk Rawatan Harian dan Kemasukan Hari Pembedahan (Clinic For Daycare and Day Surgery Admission)
    • Klinik Rujukan Komplikasi Anestesia 
  • Klinik Pakar Rawatan Kesakitan (Pain Clinic)
Menerima rujukan pesakit dari semua unit dan klinik kesihatan di bawah liputan Kluster Perak Utara yang mengalami masalah kesakitan kronik bermaksud kesakitan yang dialami melebihi tempoh 3 bulan. Memfokuskan pengendalian rawatan kesakitan pesakit. Antara perkhidmatan khas kesakitan yang diberikan adalah ;
  • Terapi jarum Needle Therapy. Dahulunya dikenali 'akupunture’.
  • Suntikan Platlet Rich Plasma (PRP)
  • Suntikan steroid di kawasan sakit kronik terlibat.

 

WAKTU PERKHIDMATAN KLINIK ANESTESIA

 HARI

 WAKTU OPERASI


 Isnin hingga Rabu




 Khamis hingga Jumaat


 2.00 petang hingga 5.00 petang

( Waktu rehat 1.00 petang hingga 2.00 petang )



 9.00 pagi hingga 5.00 petang

 ( Waktu rehat hari Jumaat 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang )


Sabtu, Ahad dan Cuti Umum


 Tutup



WAKTU PERKHIDMATAN KLINIK PAKAR RAWATAN KESAKITAN 

( PAIN CLINIC )

 HARI

 WAKTU OPERASI

Isnin Hingga Rabu






 Khamis  hingga Jumaat 


 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Rehat : 1 petang hingga 2.00 petang

 2.00 petang hingga 5.00 ( Prosedur klinik)



 Hari prosedur klinik di Dewan Bedah dan klinik (Tidak Terima Kes Di Klinik)

 Tiada hari klinik


 Sabtu, Ahad Dan Cuti Umum  

 Cuti Rehat

 

 KETUA JABATAN
 Dr Hj Awisul Islah Bin Ghazali
 NO TELEFON
 05-8204000 
  • Ext Pejabat Anestesia (Bius) - 8114
  • Ext Dewan Bedah Am :-
    • Kaunter Dewan Bedah Am - 5246, 
    • Bilik Ketua Pengurus Dewan Bedah 5246
  • Ext Unit Rawatan Kritikal – ICU C2 3039, ICU CSB 5252 
  • Ext Klinik Anestesia / Klinik Pakar Rawatan Kesakitan - 8178
 ALAMAT / LOKASI
  • Dewan Bedah Am – Tingkat 2 Banggunan CSB
  • Unit Rawatan Kritikal – Tingkat 2 Banggunan CSB
  • Klinik Anestesia / Klinik Pakar Rawatan Kesakitan – Bangunan Pusat Rawatan Harian dan Bilik Scope (Dewan Bersalin Lama)
 EMAIL
  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

googlemap1

HOSPITAL TAIPING
Jalan Taming Sari
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

  05-8204000
   htaiping@moh.gov.my

Paparan Laman Web

Untuk pengalaman yang lebih baik sila gunakan:

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi 1366 x 768

Mobile Web

Image
Jumlah Pelawat
056048
Today: 115
Total: 56,048

Tarikh Kemaskini

  • 11 Mei 2026

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video