Unit ini juga menjadi rujukan dalam rangkaian unit Hemodialisis (HDU) di Hospital Parit Buntar, Hospital Selama dan Hospital Kuala Kangsar.
Unit ini memberi kemudahan rawatan hemodialisis kepada pesakit – pesakit ‘Chronic Kidney Disease’ (CKD) yang layak mengikut kriteria tertentu. Pesakit yang diterima menjalani rawatan tetap di kenali sebagai ‘centre patient’ atau juga kronik hemodialisis. Masa rawatan yang ditetapkan bagi setiap pesakit adalah 4 jam setiap sesi dan 3 kali seminggu.
Selain dari ‘centre patient’ rawatan juga diberi kepada kes – kes kecemasan sebagaimana diarahkan oleh Pakar Nefrologi. Kes-kes berkenaan dari kes ICU atau wad dan ianya dikenali sebagai Akut hemodialisis
Menjadi pusat rujukan kes-kes bagi hospital – hospital Perak Utara (Hospital Kuala Kangsar, Hospital Selama dan Hospital Parit Buntar )
Menjalankan klinik susulan untuk semua kes – kes yang bersangkutan dengan penyakit buah pinggang.
Memberi latihan kepada pesakit yang membuat pilihan menjalani rawatan CAPD.
Membuat persediaan kepada pesakit – pesakit yang sesuai untuk pemindahan buah pinggang serta klinik susulannya. Menjalankan program pendidikan kesihatan dan pameran untuk orang awam dan kakitangan kesihatan
HARI | MASA | LOKASI |
ISNIN | 7.00 Pagi – 5.00 Petang | Unit Hemodialisis |
SELASA | 7.00 Pagi – 5.00 Petang | Unit Hemodialisis |
RABU | 7.00 Pagi – 5.00 Petang | Unit Hemodialisis |
KHAMIS | 7.00 Pagi – 5.00 Petang | Unit Hemodialisis |
JUMAAT | 7.00 Pagi – 5.00 Petang | Unit Hemodialisis |
SABTU | 7.00 Pagi – 5.00 Petang | Unit Hemodialisis |
AHAD | TUTUP |
PERKHIDMATAN HEMODIALISIS AKUT (Perkhidmatan pesakit dalam)
HARI | MASA | LOKASI |
ISNIN - AHAD | 24 JAM | HEMODIALISIS WAD D2 (Untuk Kes kemasukan Wad sahaja) |