Jabatan Kecemasan dan Trauma berfungsi 24 jam sehari dan memainkan peranan penting dalam memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit bagi menyelamatkan nyawa, mengurangkan kesakitan dan mengelakkan komplikasi. Ia menjadi salah satu pintu masuk utama ke hospital bagi pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan selain daripada klinik pakar.
Jabatan ini juga merupakan pusat rujukan bagi fasiliti Kesihatan di kawasan Perak Utara yang terdiri dari Hospital Gerik, Hospital Kuala Kangsar, Hospital Selama, Hospital Parit Buntar, klinik-klinik Kesihatan di Kawasan PKD Larut Matang dan Selama, PKD Kerian, Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) dan juga hospital serta klinik swasta di sekitar Bandar Taiping.
Selain dari kes-kes kecemasan, jabatan ini juga turut mengendalikan kes medikolegal seperti keganasan rumahtangga dan penderaan di Pusat Khidmat Krisis Bersepadu ataupun dengan nama lain ’One stop Crisis Centre’ (OSCC), serta memberikan Perkhidmatan Ambulan Prahospital (PHC).
Makluman Lokasi :
Jabatan Kecemasan & Trauma buat sementara waktu telah berpindah ke Bangunan Blok C dan D bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan dan naik taraf sistem penghawa dingin berpusat di bangunan Poliklinik .
Perpindahan lokasi ini telah dilakukan pada 20 Disember 2022. Perkhidmatan Kecemasan & Trauma klinikal masih berjalan seperti biasa di Bangunan Blok C dan D di aras 1 serta Pejabat Pengurusan Jabatan Kecemasan & Trauma pula ditempatkan di wad D5 .
Fungsi utama Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Taiping dengan memberi beberapa perkhidmatan yang mempunyai tanggungjawab tersendiri.
Perkhidmatan tersebut ialah:
- Perkhidmatan Rawatan Kecemasan
- Perkhidmatan Pengurusan Pra-Hospital (PHC)
- Perkhidmatan Pengurusan Bencana
- Pasukan Tindakan Kecemasan
- Perkhidmatan Pasukan Perubatan Tunggu-sedia
- ‘One Stop Crisis Centre’ (OSCC)
Perkhidmatan 24 jam