my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perhubungan Awam


Untuk sebarang maklum balas atau pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh berurusan dengan Unit Perhubungan Awam :

No. Telefon        : 05-8204000 (sambungan 5407 atau 5421)

Emel                    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat                : Unit Perhubungan Awam,
                              Aras 4, Pejabat Pentadbiran,
                              Blok Servis Klinikal (CSB), Hospital Taiping,
                              34000 Taiping, Perak.



 
 








 


Unit Perhubungan Awam (UPA) Hospital Taiping mula ditubuhkan pada 14 Mei 2014 dan berada di bawah Direktorat Pengurusan hospital seliaan Timbalan Pengarah Pengurusan. Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Perhubungan Awam dari Jabatan Penerangan Malaysia dan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir (P/O).

UPA bertanggungjawab untuk mengurus maklum balas awam yang diterima dari pelbagai sumber dan berperanan mengurus aktiviti perhubungan awam bagi hospital. Seramai 14 orang Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) telah dijumudkan perjawatan selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 1 Disember 2024 sebagai Pembantu Tadbir (P/O) dan berada di bawah seliaan UPA. Mereka ditugaskan di Kaunter Khidmat Pelanggan yang terletak di Lobi Blok Servis Klinikal (CSB) bagi menyediakan perkhidmatan berteraskan mesra pelanggan, manakala turut membantu dalam pengoperasian 24 jam di Pusat Panggilan Utama hospital.


  1. Mengurus dan menyelaras maklum balas daripada pelbagai sumber termasuk media massa secara sistematik untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif dan efisien. 

  2. Melaksanakan aktiviti perhubungan awam yang berkesan untuk memperkukuhkan imej positif hospital. 

  3. Mengurus hal ehwal media termasuk lawatan dilaksanakan dengan baik serta memastikan semua acara rasmi hospital dilaksanakan mengikut protokol yang bersesuaian. 

  4. Menyediakan perkhidmatan Kaunter Khidmat Pelanggan yang profesional dan mesra pelanggan. 

  5. Mengendalikan panggilan telefon masuk dan keluar hospital dengan cekap untuk memastikan kelancaran komunikasi melalui sistem operasi 24 jam.

 

UPA komited dalam memberi perkhidmatan terbaik dalam ;

  1. Memastikan maklum balas yang diterima melalui pelbagai sumber seperti surat, bersemuka, telefon, e-mel, peti maklum balas, akhbar dan Biro Pengaduan Awam diuruskan dalam tempoh yang ditetapkan.

  2. Memastikan penyelesaian aduan kategori biasa dalam tempoh 15 hari bekerja.

  3. Memastikan pengurusan hal ehwal media termasuk lawatan dilaksanakan dengan baik serta memastikan semua acara rasmi hospital dilaksanakan mengikut protokol yang bersesuaian.

  4. Memastikan perkhidmatan Kaunter Khidmat Pelanggan yang profesional dan mesra pelanggan. 

  5. Memastikan pengendalian panggilan telefon masuk dan keluar hospital dengan cekap melalui sistem operasi 24 jam.


 
 








 


OPERASI

HARI

MASA OPERASI

MASA REHAT

Unit Perhubungan Awam
&

Kaunter Khidmat Pelanggan

Isnin - Khamis

8.00 pagi - 5.00 petang

1.00 tengah hari - 2.00 petang

Jumaat

12.15 tengah hari - 2.45 petang

Pusat Panggilan Hospital
(05-8204000)

Setiap hari

24 jam

 

googlemap1

HOSPITAL TAIPING
Jalan Taming Sari
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

  05-8204000
   htaiping@moh.gov.my

Paparan Laman Web

Untuk pengalaman yang lebih baik sila gunakan:

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi 1366 x 768

Mobile Web

Image
Jumlah Pelawat
Hari Ini: 76
Jumlah Keseluruhan: 29,303

Tarikh Kemaskini

  • 20 September 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video