my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Sumber Manusia


Unit Sumber Manusia adalah salah satu unit di bawah Direktorat Pengurusan (Sokongan Bukan Klinikal) hospital di mana fungsi umumnya adalah menguruskan urusan perkhidmatan personel di Hospital Taiping dari mula dilantik sehingga ke akhir perkhidmatan.

SKOP PERKHIDMATAN

Unit Sumber Manusia bertanggungjawab mengendalikan semua urusan sumber manusia anggota di Hospital Taiping, Perak (HTPG)

Terdapat Tiga (3) unit utama di bawah Unit Sumber Manusia iaitu:

i)             Unit Perjawatan – bertanggungjawab berhubung pengurusan data perjawatan pegawai HTPG dan pengurusan Sistem HRIS.

ii)            Unit Perkhidmatan – bertanggungjawab dalam urusan perkhidmatan pegawai HTPG.

iii)           Unit HRMIS – bertanggungjawab berhubung pengurusan data perjawatan HRMIS dan bantuan teknikal penggunaan Sistem HRMIS serta Pengurusan

               ePrestasi.


SUB UNIT PERJAWATAN

1.      Memastikan waran perjawatan, agihan semula dan pindah butiran yang diterima dari KKM dan JKN dikemaskini bagi memastikan data berintegriti dan

        tepat.

2.      Menyemak dan menyelaras permohonan perjawatan atau permohonan pindah butiran dari Jabatan Dan Unit dilaksanakan mengikut tatacara atau

         pekeliling yang masih berkuatkuasa.

3.      Memastikan data perjawatan berintegriti dan dikemaskini dari masa ke semasa.

4.      Memastikan sistem HRIS berintegriti dan selari dengan data perjawatan.


SUB UNIT PERKHIDMATAN

1       Mengurus Pengesahan Pelantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pelanjutan Tempoh Percubaan dan Pemberian Taraf Berpencen pegawai lantikan

        tetap;

2       Mengurus pegawai lantikan kontrak;

3       Mengurus permohonan semua jenis cuti dan cuti rehat

4       Mengurus permohonan pelarasan / pergerakan gaji pegawai HTPG;

5       Mengurus dokumen bakal pesara wajib / pilihan, bersara atas sebab perubatan dan pencen terbitan pegawai HTPG;

6       Mengurus permohonan permangkuan / kenaikan pangkat atau peletakan jawatan;

7       Mengurus pengambilan Personal MySTEP;

8       Mengurus permohonan pengambilan/ penyambungan Pakar Swasta (Sessional);

9       Mengurus permohonan lokum dan Waktu Kerja Fleksi Pakar Perubatan;

10     Menyelaras serta mengkoordinasi sistem Latihan Pegawai Perubatan Siswazah;

11     Mengurus pewartaan kepakaran pegawai perubatan;

12     Mengurus permohonan Pengeluaran KWSP;

13     Mengurus permohonan pertukaran; dan

14     Mengurus permohonan tanggungkerja;


 SUB UNIT HRMIS

1.      Mengemaskini rekod sandangan, rekod peribadi dan rekod perkhidmatan anggota dalam sistem HRMIS.

2.      Menjana cuti untuk semua anggota serta memastikan rekod cuti rehat sentiasa dikemaskini dalam Sistem HRMIS.

3.      Memastikan perlaksanaan MyPerformance HRMIS bagi semua anggota.

4.      Memastikan semua anggota melaksanakan Pengisytiharan Harta mengikut tatacara atau pekeliling yang masih berkuatkuasa.

5.      Melaksanakan proses kelulusan bagi Permohonan Lawatan Ke Luar Negara bagi anggota atas Urusan Persendirian atau Rasmi mengikut tempoh yang

         ditetapkan dan mengikut tatacara atau pekeliling yang masih berkuatkuasa.

6.      Memastikan data perjawatan HRMIS berintegriti dan dikemaskini dari masa ke semasa dan selari dengan data perjawatan.

7.      Memastikan data ePrestasi dan data HRMIS selari dan dikemaskini dari masa ke semasa.





cartasumber.png

googlemap1

HOSPITAL TAIPING
Jalan Taming Sari
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

  05-8204000
   htaiping@moh.gov.my

Paparan Laman Web

Untuk pengalaman yang lebih baik sila gunakan:

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi 1366 x 768

Mobile Web

Image
Jumlah Pelawat
Hari Ini: 76
Jumlah Keseluruhan: 29,303

Tarikh Kemaskini

  • 20 September 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video