my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Perolehan


PENGENALAN

  1. Memastikan pengurusan perolehan dilaksanakan secara cekap, berhemah dan berintegriti mengikut tatacara dan arahan pekeliling perbendaharaan terkini yang berkuatkuasa.
  2. Bertanggungjawab di dalam menyediakan perkhidmatan sokongan yang cekap dan berkesan dari segi pengurusan perolehan di Jabatan dengan: 
  • Menguruskan Perolehan Secara Pembelian Terus (Bekalan/Perkhidmatan/Kerja)
  • Menguruskan Perolehan Secara Sebutharga    (Bekalan/Perkhidmatan/Kerja).
  • Menguruskan Perolehan Secara Tender (Bekalan/Perkhidmatan/Kerja).

  

OBJEKTIF

a)  Selaras dengan hala tuju Kerajaan, objektif perolehan Hospital Taiping adalah untuk memastikan semua perolehan diuruskan secara terbaik dan paling menguntungkan (best value for money) dengan berpandukan kepada lima (5) prinsip perolehan  iaitu akauntabiliti Awam, ketelusan, persaingan terbuka, nilai faedah terbaik dan adil dan saksama.

b)  Kategori perolehan Hospital Taiping dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:

    • Perkhidmatan – Hospital Taiping lebih tertumpu kepada Perkhidmatan Bukan Perunding meliputi perkhidmatan seperti pengendalian kursus dan latihan, penyelenggaraan dan pembaikan dan pengurusan bangunan.
    • Bekalan – bermaksud barang-barang yang dibekalkan bagi menjalankan sesuatu aktiviti, program atau projek. Ia juga merupakan input kepada sesuatu proses kerja atau perkhidmatan seperti kelengkapan pejabat, radas dan reagen makmal, ubat-ubatan dan stok-stok sokongan yang lain,
    • Kerja – merupakan perolehan yang melibatkan kerja-kerja pembinaan dan sivil seperti penyelenggaraan bangunan dan bumbung, jalan, alat penghawa dingin berpusat dan pendawaian elektrik serta penyelenggaraan mekanikal yang berkaitan.

c) Kebiasaannya, kaedah perolehan Hospital Taiping tertumpu kepada:

    • Kontrak pusat – diwujudkan oleh Perbendaharaan bagi item barangan siap/perkhidmatan guna sama.
    • Pembelian Terus – hanya untuk perolehan kerja yang bernilai tidak melebihi RM50,000.
    • Sebut Harga – Perolehan Bekalan,Perkhidmatan dan Kerja yang melebihi RM20,000 (untuk peralatan perubatan) atau RM50,000 (selainnya) hingga RM500,000.
    • Tender – Perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja yang melibatkan perbelanjaan tahunan atau sesuatu kontrak melebihi RM500,000.

d)  Tertakluk kepada kaedah perolehan yang akan digunakan, jawatankuasa-  jawatankuasa yang   terlibat akan dibentuk antara lain Jawatankuasa Penilaian Spesifikasi, Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Harga. Jawatankuasa peringkat Pengarah Hospital akan menentukan pemilihan pembekal yang berjaya.

e) Bagi meningkatkan integriti dan ketelusan dalam perolehan Kerajaan, semua pihak yang terlibat dalam perolehan Kerajaan dikehendaki menandatangani Integrity Pact. Pihak-pihak yang terlibat adalah antara lain penjawat awam yang terlibat dalam perolehan Kerajaan dan ahli jawatankuasa berkaitan perolehan.

f)    Bergantung kepada sumber peruntukan yang ada, Keperluan bekalan, perkhidmatan atau kerja akan diselaraskan di peringkat Jabatan/Unit (bagi perolehan yang menggunakan peruntukan am jabatan masing-masing) atau di peringkat pengurusan hospital (bagi perolehan menggunakan peruntukan mengurus atau pembangunan).

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memproses permohonan pembelian terus dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  1. Menyelesaikan urusan sebut harga sehingga mendapat keputusan Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan dalam tempoh sah laku sebut harga 90 hari.
  1. Menyelesaikan urusan tender sehingga mendapat keputusan Lembaga Perolehan Kementerian Kesihatan dalam tempoh sah laku tender 180 hari


Anim pariatur cliche reprehenderit, enim eiusmod high life accusamus terry richardson ad squid. 3 wolf moon officia aute, non cupidatat skateboard dolor brunch. Food truck quinoa nesciunt laborum eiusmod. Brunch 3 wolf moon tempor, sunt aliqua put a bird on it squid single-origin coffee nulla assumenda shoreditch et.

googlemap1

HOSPITAL TAIPING
Jalan Taming Sari
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

  05-8204000
   htaiping@moh.gov.my

Paparan Laman Web

Untuk pengalaman yang lebih baik sila gunakan:

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi 1366 x 768

Mobile Web

Image
Jumlah Pelawat
Hari Ini: 76
Jumlah Keseluruhan: 29,303

Tarikh Kemaskini

  • 20 September 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video