my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Patologi


Jabatan Patologi Hospital Taiping berperanan menganalisis spesimen dan melaporkan keputusan ujian makmal yang seterusnya akan digunakan untuk membuat keputusan klinikal dalam rawatan dan penjagaan pesakit. Jabatan Patologi terdiri daripada kaunter penerimaan, Unit Patologi Kimia, Unit Hematologi, Unit Mikrobiologi Perubatan, Unit Anatomik Patologi (Sitologi & Histologi). Jabatan Patologi, Hospital Taiping menerima sampel daripada wad & klinik dalaman dan juga daripada hospital daerah & klinik kesihatan di wilayah Perak utara. Kakitangan jabatan terdiri daripada Pakar Patologi, Pegawai Perubatan, Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Matlamat Jabatan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan yang cekap bagi memastikan keputusan makmal yang betul dan tepat pada masanya.

Jabatan Patologi menawarkan perkhidmatan diagnostik dan perundingan dalam bidang-bidang berikut:
            
·        Patologi Kimia          
·        Hematologi          
·        Mikrobiologi & Serologi         
·        Histopatologi (termasuk autopsi klinikal dan seksyen frozen)      
·        Sitologi          
            
Setiap unit/makmal seperti di atas diketuai oleh Pakar Patologi spesifik bagi bidang tersebut. Selain daripada itu, jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan outsource, di mana ujian-ujian yang tidak ditawarkan di sini akan dihantar kepada pusat rujukan yang menjalankan ujian tersebut. Jabatan ini juga berperanan sebagai pusat latihan bagi pelajar perubatan, juruteknologi makmal perubatan dan pelajar sains bioperubatan.


 
 








 

UNITWAKTU PERKHIDMATAN
Patologi Kimia      Isnin hingga Ahad24 JAM
Hematologi     
Mikrobiologi   
Histopatologi    Isnin hingga Khamis         8.00 pagi hingga 1.00 tengahari   
Sitologi       2.00 petang hingga 5.00 petang   
OutsourceJumaat   8.00 pagi hingga 12.15 tengahari   
     2.45 petang hingga 5.00 petang   
(Sabtu, Ahad, Cuti Umum TUTUP)  


KETUA JABATAN   Dr Sanada Bt Abu Bakar       
NO TELEFON  05-8204400 ext 5317       
ALAMAT/LOKASI    Jabatan Patologi, Tingkat 3, Blok Servis Klinikal, Hospital Taiping, Jalan Taming Sari, 34000, Taiping, Perak
EMAIL   Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.      


googlemap1

HOSPITAL TAIPING
Jalan Taming Sari
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

  05-8204000
   htaiping@moh.gov.my

Paparan Laman Web

Untuk pengalaman yang lebih baik sila gunakan:

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi 1366 x 768

Mobile Web

Image
Jumlah Pelawat
Hari Ini: 75
Jumlah Keseluruhan: 29,302

Tarikh Kemaskini

  • 20 September 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video