my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1  |

  preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Pendidikan Kesihatan


PENGENALAN

Unit Pendidikan Kesihatan adalah satu unit di bawah Perkhidmatan sokongan bukan klinikal. Berfungsi untuk menggalakkan masyarakat untuk menghargai kesihatan mereka sebagai satu aset yang bernilai melalui aktiviti Promosi Kesihatan yang dijalankan. Unit ini menyelaras, melaksana dan turut membantu jabatan atau unit lain melakukan aktiviti Promosi Kesihatan pada warga kerja hospital dan pelawat dari semasa ke semasa. Secara amnya unit ini menjadi pelengkap untuk membantu mendidik pesakit, keluarga serta orang awam bagi memahami masalah kesihatan dan meningkatkan pengetahuan terhadap pencegahan penyakit secara umum.


VISI

Menjadi sebuah unit yang memberi dan menyampaikan perkhidmatan serta maklumat yang berkesan dalam bidang pendidikan pesakit, dengan berfokus kepada perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif serta mempromosikan cara hidup sihat kepada masyarakat mengikut program polisi Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI

Menyediakan perkhidmatan dan maklumat pendidikan kesihatan yang berkualiti, cekap, efisien dan berkesan untuk memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan kepada pelanggan.


OBJEKTIF AM

Untuk meningkatkan status kesihatan pesakit melalui pengurusan yang berkesan mengenai penyakit mereka dan menyumbang ke arah pembentukan sebuah negara yang sihat.

OBJEKTIF KURSUS

  1.  Untuk menyediakan pelanggan (pesakit, keluarga pesakit, kakitangan hospital dan masyarakat) dengan pengetahuan, sikap dan kefahaman yang berkaitan supaya mereka boleh menguruskan masalah penyakit mereka daripada menjadi lebih teruk.
  2. Memberi bantuan dan sokongan kepada pelanggan untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.
  3. Bekerjasama ke arah mempromosikan sebuah negara sihat melalui penyebaran maklumat-maklumat kesihatan kepada pelanggan.

googlemap1

HOSPITAL TAIPING
Jalan Taming Sari
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan

  05-8204000
   htaiping@moh.gov.my

Paparan Laman Web

Untuk pengalaman yang lebih baik sila gunakan:

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi 1366 x 768

Mobile Web

Image
Jumlah Pelawat
Hari Ini: 75
Jumlah Keseluruhan: 29,302

Tarikh Kemaskini

  • 20 September 2025

PETA LAMAN   |   PENAFIAN   |   DASAR PRIVASI   |   DASAR KESELAMATAN   |   SOALAN LAZIM   |   BANTUAN

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video